Rabu, 2009 Oktober 21

Alahai PES…


Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi semester 1, sesi 2009-2010. Seperti kebiasaan pada sem-sem lepas, kebanyakan perkara akan di’sumbat’kan sehabisnya pada minggu-minggu genting seperti ini. Test, assignment, quiz, presentation, mini project subjek dan lain-lain yang seumpama dengannya akan dibuat pada waktu yang sama. Akhirnya ramai pelajar yang merungut kerana terlalu padat jadual, padahal pada waktu-waktu begina sewajarnya digunakan untuk ‘study week’. Mungkin kerana perancangan kerja dan masa yang kurang efektif oleh pensyarah-pensyarah, dan juga penyususan tugasan yang kurang rapi oleh para pelajar itu sendiri. Manusia makhluk yang serba serbi dengan seribu satu macam kelemahan!

Satu gelombang yang berkembang di DM, gelombang yang sudah lama wujud. Iaitu gelombang PES (Pro Evolution Soccer), games bola sepak di computer. Cuma baru-baru ini ia makin kerap dimain. Rating semakin meningkat. Populariti ahli rumah dinilai melalui kemenangan yang dicapai semasa bermain PES.

Walau bagaimanapun, satu insiden telah berlaku tadi. Pada waktu itu saya baru pulang dari COIT, sekitar jam 10 malam. Tempat insiden di dalam bilik saya. Dua orang sahabat , yakni baru lepas bertarung PES sedang bergaduh mulut berperang kata-kata. Masing-masing mempertahankan kehebatan diri, ada yang menekankan mengenai rekod yang pernah dibuat dan ada yang menyatakan kemenangan yang baru dicapai. Akhirnya masing-masing saling mencabar antara satu sama lain. Pada ketika itu, dalam hati ini cuma berharap agar tiada apa-apa yang akan berlaku.

SUDAH! MULA DAH! Klimaks daripada kejadian tersebut, satu pihak mengambil langkah keluar bilik. Beserta bukunya (dia sebenarnya tengah buat kerja sambil bermain PES). Saya cuma mampu mendiamkan diri. Bukan apa, kepala ini sudah berat dan diriku kelelahan. Hampir 5 jam berada di dalam bangunan COIT yang dingin mengalahkan peti sejuk beku. Lega sedikit kerana tiada sebarang kejadian buruk berlaku.

Kini saya berada di persimpangan sama ada untuk berehat atau meneruskan kerja ‘assignment’ serta kerja-kerja lain yang tertangguh. Kalau rehat yang saya pilih, alamat banyak kerja yang akan tergendala. Jika sebaliknya, diriku akan bertambah penat dan kesannya diriku kurang efisyen untuk meneruskan kerja-kerja…

Nota kaki:Nasihat buat sahabat/sahabiah, main PES biar berpada-pada. Bukan PES jer, tapi termasuk semua games. Main jangan sampai tak ingat dunia, main jangan sampai lalai daripada kerja-kerja lain yang lebih utama didahulukan. Lagi satu, main jangan sampai bertekak tak tentu hala. Bak kata orang putih, “BEHAVE YOURSELF”.

Ahad, 2009 Oktober 18

Ziarah syawal ke Klang

Bulan syawal yang berbaki beberapa hari masih lagi dimanfaatkan oleh warga DM(DarulMuslihin) khususnya untuk mengeratkan lagi jalinan ukhuwah dalam kalangan saudara sesama Islam. Pada hari sabtu, konvoi dari DM telah ke Klang melakukan ziarah ke dua buah rumah sahabat kami. Pertama rumah Faqih dan kedua, rumah Taufiq.

Saat tiba di rumah Faqih, Kg. Delek

Hadirin masih tersipu-sipu untuk menjamu selera


Taufiq sedang memikirkan sesuatu namun tiada sesiapa ketahui


Destinasi kedua: tiba di rumah Taufiq,Kg. Pendamar


Wajah seorang demi seorang yang tidak sabar menanti hidangan

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.
Terima kasih pak cik & mak cik ( taufiq pun juga..)

"Tahun depan jemputlah datang lagi..."



Isnin, 2009 Oktober 12

Sekitar kenduri kahwin Ex-Presiden PPIUNITEN

Abang Aiman bersama zaujahnya(isteri), Khairul Izza


Presiden-presiden PPI mesra bila bertemu, dari kiri;Dzar-Abdullah(sesi 2007-08 & 2008-09), Aiman Ismail(sesi 2006-07) dan presiden terkini, Baihaqi (sesi 2009-10)


ahli-ahli PPI bergambar bersama-sama abang Aiman serta zaujahnya.


Tahniah Abang Aiman kerana telah memulakan kehidupan berkeluarga!
Bernikah adalah salah satu sunnah Rasulullah S.A.W.


Nota kaki:
  • Tahniah juga diucapkan kepada pasangan Suhailah Bt. Abdul Hamid (bekas pimpinan PPI sesi 2005-06, timb. exco TNK) & Akmal Rizalidris B Hassan (bekas timb. Pres MPPUNITEN 1, sesi 2004-05) yang telah bernikah pada 3 Oktober 2009.
  • Tarikh pernikahan pasangan ini sama dengan tarikh pernikahan Abang Aiman serta Zaujahnya, iaitu pada 3 Oktober juga. Tarikh gambar di atas ialah pada 10 Oktober, iaitu kenduri kahwin di pihak pengantin lelaki.

Jumaat, 2009 September 25

CATATAN RAYA BERSAMA KELUARGA

Raya pertama
-Rombongan adik beradik ke rumah saudara mara sebelah ibu di sekitar johor bahru, kecuali abang dan isterinya kerana menemani ibu bapa yang menunggu kehadiran tetamu di rumah.
-Bermula dengan rumah arwah ayah long di Kg Dato’ Onn, kemudian ke rumah mak saudara di Taman Pulai Perdana, Skudai. Dan rumah mak saudara di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.

Raya kedua
-Rombongan satu keluarga menuju ke Kampung ayah di Muar. Menziarahi rumah mak saudara sebelah ayah di Kg Melayu. Dan rumah ayah saudara sebelah emak di Desa Skudai terlebih dahulu di Bandar Johor Bahru dan Skudai.
-Kemudian rombongan sekeluarga meneruskan perjalanan ke Batu Pahat, melawat rumah atuk saudara sebelah ayah.
-Seterusnya bertolak menuju ke Muar, bermula dengan rumah kenalan haji mak abah sewaktu di mekah dahulu, di Muar. Selepas itu, baru kami bergerak ke Serom 6, Sg Mati, Muar melawat rumah atuk saudara sebelah ayah.
-Destinasi terakhir, rumah arwah bapa saudara sebelah ayah di Sinmpang Renggam.

[Catatan trafik hari raya kedua]
-jalan penuh dengan kereta dari JB ke Batu Pahat melalui lebuh raya PLUS.
-Selepas masuk susur keluar di Air Hitam, menuju ke Batu Pahat jalan sesak dengan kenderaan yang banyak.
-Jalan dari Batu Pahat menuju ke Muar sesak pada tahap klimaks pada waktu tengah hari.
-Jalan dari Muar ke jalan keluar masuk lebuhraya PLUS mengalami kesesakan yang teramat teruk hingga ke petang.
-Selepas masuk ke lebuh raya PLUS, di sepanjang jalan menuju ke JB sesak dengan kenderaan. Lebuhraya dua lorong menjadi tiga lorong akibat kenderaan yang terlalu banyak dan pergerakan kenderaan menjadi perlahan.
-di semua perhentian R&R penuh dengan kenderaan sehingga kenderaan yang baru tiba tidak dapat masuk ke simpang masuk sekalipun!

Kesimpulan: Jalan raya di Johor pada raya tahun ini begitu sesak, baik di jalan biasa mahupun lebuh raya. Mungkin kerana faktor kenderaan semakin lama semakin banyak di jalan raya Negara kita ini!

40 PERKARA MEMBATALKAN IMAN MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH

01. Syirik
02. Meninggalkan solat fardhu
03. Meninggalkan puasa ramadhan
04. Enggan mengeluarkan zakat
05. Enggan menuaikan haji
06. Riddah (murtad)
07. Kufur terhadap Allah
08. Mengingkari takdir Allah
09. Beramal selain mencapai keredhaan Allah
10. Mentaati selain perintah Allah dan Rasul
11. Bertawakkal selain Allah
12. Memperhambakan manusia
13. Berpaling dari peringatan Al-Quran
14. Mengkhianati amanah Allah dan Rasul
15. Menyembunyikan kebenaran ayat Allah SWT kerana takut kepada ancaman manusia
16. Mengubah dan menyalahgunakan ayat ayat Allah SWT
17. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
18. Mempermainkan kesucian agama
19. Menghukum dengan hukum manusia dan menolak hukum Allah
20. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang dihalalkan Allah SWT
21. Mengajak umat Islam meninggalkan jihad dijalan Allah
22. Mengkafirkan sesama muslim
23. Cinta kepada kehidupan dunia melebihi cinta kepada Allah atau akhirat
24. Mengamalkan cara hidup orang kafir
25. Berpegang teguh kepada adat resam nenek moyang yang berlawanan dengan syariat Islam
26. Munafik (nifak)
27. Beramal dengan riyak
28. Gemar mengamalkan perkara bid’ah
29. Membuat peraturan atau undang undang yang berlawanan dengan petunjuk Allah dan Rasulnya.
30. Tidak beradab terhadap Rasulullah SAW
31. Menghina sahabat Rasulullah SAW
32. mengangkat orang kafir menjadi pemimpin
33. Menolong orang kafir mengintip rahsia orang orang beriman
34. Memberi amanah atau kepercayaan kepada orang kafir untuk kepimpinan umat Islam
35. Memohon keampunan dosa bagi orang kafir
36. Taksub kepada Ulama dalam perkara maksiat
37. Mempercayai tukang tenung
38. Mengamalkan dan mempercayai sihir
39. Mempercayai kuasa azimat
40. Bersumpah dengan selain nama Allah.

sumber: http://komentarkini.blogspot.com/2009/09/40-perkara-membatalkan-iman-menurut-al.html