Jumaat, 4 Mac 2011

Tunjukkan kami jalan yang lurus!


Ihdinassiratol mustaqim. Tunjukkan kami jalan yang lurus!

Itulah bacaan yang kita semua ulang-ulang dalam solat kita kepada Allah, tidak kira sama ada dalam solat fardu mahupun sunat. Bacaan yang berupa doa memohon petunjuk daripada Allah supaya sentiasa di jalan Allah, iaitu jalan ISLAM.

Ayat tersebut merupakan ayat ke-6 dalam surah Al-Fatihah, juga popular dengan panggilan ummul kitab. Alangkah beruntungnya kita kerana setiap rakaat, setiap solat, setiap hari dan setiap tahun kita akan membacakan surah al-fatihah memohon petunjuk jalan yang lurus daripada Allah. Maka, bersyukurlah kerana telah dikurniakan dua nikmat yang TERBESAR, iaitu nikmat IMAN dan ISLAM hasil daripada doa yang kita ulang-ulang dalam solat kita kepada ALLAH. Tanpa salah satu daripada nikmat tersebut, maka tidak bermakna nikmat yang satu lagi.

Alangkah rugi bagi mereka yang tidak melaksanakan solat fardu 5 waktu, kerana mereka tidak memohon supaya diberi petunjuk seperti mana orang yang bersolat. Berdasarkan kepada pemerhatian penulis, orang yang tidak melakukan solat 5 waktu seperti tiada hala tuju hidup. Malah jiwa mereka tidak tenang, seolah-olah menghadapi banyak masalah setiap waktu. Begitu takdir bagi orang yang tidak mendapat petunjuk Allah kerana tidak memohon petunjuk daripada Allah dengan bersolat.

Maka, bagi kita yang sudah istiqamah bersolat untuk Allah teruskanlah! Ajaklah rakan-rakan kita yang masih bermalasan untuk bersolat supaya sedar akan kepentingan untuk melaksanakan solat kepada ALLAH. Indahnya hidup ini apabila dibimbingi oleh petunjuk Ilahi. Hanya kepada ALLAH tempat kami bergantung harap.

2 ulasan:

trie Nkh berkata...

Orng Beriman Pasti Akn Mngrjakan.

KHATEEB berkata...

insyaAllah, semoga kita juga tergolong dalam kumpulan muslim yang mukmin..