Sabtu, 16 Julai 2011

Gelombang BERSIH 2.0: Rakyat Malaysia(1) - BN(0)


Alhamdulillah, sudah seminggu berlalunya perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang pertama kalinya menyaksikan kejutan daripada rakyat Malaysia. Komposisi kaum yang keluar berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap BERSIH 2.0 hampir seimbang, sesuatu yang jarang-jarang berlaku pada mana-mana demonstrasi sebelum ini. Sekalung tahniah penulis ucapkan kepada seluruh warganegara Malaysia yang inginkan nilai-nilai keadilan agar dapat ditegakkan di tanahair yang tercinta ini.

Secara simboliknya, penulis ingin menggambarkan kepada rakan-rakan pembaca tentang kejayaan demonstrasi aman ini pada tajuk artikel ini, iaitu kejayaan kepada rakyat Malaysia berbanding pihak yang lagi satu iaitu kerajaan Barisan Nasional. Walaupun yang berkuasa di Malaysia adalah kerajaan Barisan Nasional, akan tetapi tanpa rakyat apalah erti kuasa yang dimiliki oleh Barisan Nasional! Walaupun kerajaan berusaha menggunakan segala jenis senjata entiti awam seperti Polis, Tentera, RTM, BERNAMA bagi menyekat suara dan hak rakyat, ternyata mereka gagal! Walaupun di sana terdapat orang Melayu yang takut dengan ugutan kerajaan, tidak kurang juga yang sudah termakan budi (dirasuah) dengan kerajaan, namun di pihak rakyat masih ramai lagi yang ikhlas dalam menegakkan yang hak serta menentang yang batil.

Penulis juga berbesar hati untuk berkongsi tentang apa yang berlaku pada perhimpunan aman tersebut, sekaligus menolak segala seribu satu tohmahan fitnah oleh pihak kerajaan Barisan Nasional terhadap BERSIH 2.0. Sebahagian gambar yang diambil daripada laman web-laman web lain untuk tujuan tatapan pembaca sekalian. Selamat membaca!


Polis begitu rakus menembak peluru gas pemedih mata
ke arah rakyat yang tiada senjata.


Rakyat tidak gentar dengan kekejaman
Polis FRU a.k.a Anjing suruhan Barisan Nasional.


Sebahagian kumpulan demonstran aman BERSIH 2.0
di Hentian Puduraya.


Demonstrasi tidak menghalang orang ramai untuk solat
walaupun polis menghalang penggunaan masjid.

Tiada ulasan: