Selasa, 7 Disember 2010

Rindunya akan suasana tarbiyah pada saat itu..


Penulis mengalami kerinduan yang teramat sangat dengan suasana tarbiyah yang telah dilalui ketika berada di alam pengajian tinggi. Kerinduan yang mendalam tersebut telah membawa penulis pulang ke tempat tersebut pada hujung minggu lepas. Tempat di mana penulis mula kenal erti Islam yang hakiki. Islam sebagai ideologi dan sebagai cara hidup yang syumul. Di sana penulis berjumpa kembali dengan sahabat-sahabat lama yang pernah bersama-sama ditarbiyah. Dua hari berada di sana terasa terlalu singkat sekali. Rasa hati ingin berlanjutkan tempoh berada di sana, namun penulis sedar akan banyak tanggungjawab lain yang perlu diteruskan di tempat sendiri. Bangi oh Bangi, lain hari daku kembali lagi.


Kerinduan penulis sedikit terubat selepas pulang dari tempat tarbiyah tersebut. Begitu hebat sekali penangan kuasa tarbiyah, sehingga mampu menumbangkan kuasa cinta remaja, kuasa cinta dunia dan lain-lain seteru kepada tarbiyah. Kuasa tarbiyah mampu menjadikan manusia yang lagho, kembali kepada Islam. Juga mampu memimpin manusia yang sesat jalan kembali kepada fitrah.


Kini, penulis bertekad untuk mencipta suasana tarbiyah itu di tempat penulis sendiri. Di tempat yang mana masyarakatnya masih mempunyai karat-karat jahiliyah. Namun, penulis optimis akan suatu masa nanti di tempat ini akan menjadi tempat penuh dengan sinar Islam. InsyaAllah.

2 ulasan:

seeenyum berkata...

saat tidak akan berulang tapi akan berlalu..
kenangan boleh diulang tapi pengalaman hanya satu..

semoga terus optimis & istiqamah menerajui tarbiyah islamiyah

KHATEEB berkata...

terima kasih akak...
:-)