Ahad, 7 November 2010

Takziah buat keluarga Arwah Ismail Naquiddin Bin Hamdan

Penulis terkejut apabila diberitahuseorang kawan bahawa beliau telah meninggal dunia akibat daripada kemalangan bas pada hari khamis lepas. Lebih mengejutkan lagi hanya beliau sahaja yang meninggal, penumpang lain yang berada dalam bas yang sama selamat. Penulis merasa amat sedih kerana telah kehilangan seorang sahabat, lebih besar kesedihan ini daripada kekalahan PR dalam PRK Galas. Banyak perkara yang boleh kita koreksikan diri sendiri daripada peristiwa sedih ini.

Jika sahabat yang sebaik seperti beliau telah diambil nyawa awal,bagaimana pula diri kita?
Insan seperti Ismail yang cukup menjaga solat fardu pada awal waktu secara berjemaah, lebih awal mendapat panggilan Allah bagaimana pula diri kita?
Insan yang amat cintakan ilmu dengan banyak menghadiri majlis-majlis ilmu lebih disayangi Allah,bagaimana pula diri kita?

Banyak suka duka pahit manis yang dikongsi bersama dengan arwah semasa di alam kampus. Saling membantu antara satu sama lain dalam memperjuangkan Islam. Penulis akan sentiasa ingat kata-kata nasihat-nasihat yang pernah diberi oleh arwah.

Innalillahiwainnailaihirajiun
(Daripada Allah kita datang, kepada jua-Nya lah kita dikembalikan).

Tiada ulasan: