Ahad, 6 Jun 2010

Palestin: Panggilan buat umat Islam untuk Bangkit!


Palestin,palestin,palestin...

Mutakhir ini, isu palestin begitu dekat dengan umat Islam di seluruh dunia,khususnya di Malaysia kita yang tercinta. Apatah lagi sejak berita penyerangan tentera yahudi zionis ke atas kapal laut yang membawa barangan bantuan ke Gaza, Palestin dilaporkan media pada hari selasa lepas. Dalam rombongan tersebut turut membawa 12 orang sukarelawan Malaysia termasuk dua orang wartawan Astro Awani.

Isu penindasan umat Islam di Palestin bukan sekadar isu umat Islam semata-mata, malah ianya juga isu masyarakat global kerana kekejaman yang dilakukan oleh penjajah Yahudi Zionis meliputi semua golongan masyarakat di sana. Bayangkan kalau seorang yang lumpuh seperti Almarhum Sheikh Ahmad Yassin boleh diserang pada waktu subuh dengan menggunakan peluru berpandu sebanyak dua kali percubaan, maka bagaimana pula nasib kanak-kanak, wanita serta orang tua? Yahudi dulu, kinidan selamanya sudah dikenali sebagai bangsa yang ingkar kepada Allah dan tidak boleh dipegang kata-katanya. Buatlah apa juga perjanjian, merekalah golongan pertama yang akan mencabulinya.

Di waktu masyarakat dunia mengutuk keganasan yang dilakukan oleh Yahudi Zionis ke atas kapal sukarelawan bantuan ke Gaza Palestin, 'Polis dunia' negara Amerika tidak pernah mengutuk peristiwa keganasan tersebut. Walaupun mereka sering melaung-laungkan perjuangan keadilan sejagat dunia, namun dalam isu palestin yang telahberlarutan sejak sekian lama mereka masih dapat menyelesaikannya. Hal ini tidak menghairankan kerana Amerika pada hari ini telah menjadi 'pak turut' Yahudi Zionis dalam menjalankan dasar luar negara mereka.
Bagaimana pula kita di Malaysia? Bagaimana perasaan kita bila saudara seislam kita ditindas sedemikian rupa? Apakah tindakan yang bakal kita lakukan untuk melawan semula kezaliman musuh Islam,khususnya Yahudi Zionis?

Pertama, tolak atau tentang semua pihak yang turut bersekongkol dengan Yahudi Zionis. Tindakan yang Malaysia ambil selama ini, iaitu dengan tidak mewujudkan hubungan diplomatik secara rasmi dengan negara haram Israel masih tidak mencukupi kerana mereka mempunyai pelbagai proksi dan sekutu. Sekutu utama Israel daripada kalangan negara arab ialah Mesir. Walaupun mesir mempunyai ramai ilmuan Islam, ulama besar dan menempat Universiti Islam tertua, Universiti Al-Azhar, namun kerajaan Mesirlah yang banyak membantu Israel dengan menyekat bantuan daripada sampai kepada rakyat Gaza. Kerajaan Barisan Nasional Malaysia pula telah menunjukkan hubungan baik dengan sekutu Zionis apabila telah membenarkan APCO,yang ditunjangi oleh orang besar Yahudi Zionis bertapak di Malaysia. Maka,jika kita mengutuk pihak yahudi Zionis mestilah juga kita kutuk kerajaan Mesir dan kerajaan Barisan Nasional di Malaysia.

Kedua, hendaklah kita menggunakan kuasa ekonomi untuk melumpuhkan kekuatan penyokong-penyokong Yahudi. Cara memboikot barangan Yahudi adalah cara yang paling efektif seperti Coca Cola, Starbuck, McDonald, Nestle. Sebagai ganti kepada produk yang diboikot, marilah kita beralih kepada produk tempatan dan muslim yang lebih dijamin aspek halal dan kebaikan seperti produk-produk HPA, RFC, produk-produk IKS. Secara tidak langsung kita dapat membina kekuatan umat Islam melalui ekonomi dan meningkatkan pendapatan orang Islam serta aspek halalan toyyibah (suci lagi bersih) tercapai!

Ketiga, setiap individu dalam masyarakat mestilah membuat kerja masing-masing dengan penuh tekad untuk memartabatkan kembali Islam di tempat tertinggi! Berjihadlah! Bersungguh-sungguhlah dalam setiap lapangan dan bidang yang kalian ceburi! Murnikan semula tempat yang anda berada dengan sinar Islam.

Marilah semua saudara seislamku bersatu! Bersatu di atas nama Islam,agama Allah. Bukan di atas rupa bangsa yang sempit!

1 ulasan:

zaharijackovich berkata...

Wynn Las Vegas and Encore Resort Casino Parking
Encore at Wynn Las Vegas 의왕 출장샵 and Encore 논산 출장안마 Resort Casino parking garages · Resort fee · Resort fee · 양산 출장마사지 Resort fee · Express 양주 출장샵 check-in required · Credit  Rating: 4.1 · ‎6 reviews 창원 출장안마