Isnin, 26 Julai 2010

Air dan Minyak Tidak Akan Larut Sampai Bila-bila!

campuran antara air dan minyak

Mengapakah air dan minyak saling tidak meresapi antara satu sama lain? Menurut pemahaman penulis berdasarkan kepada ilmu kimia yang dipelajari semasa tingkatan 4&5, air mempunyai nilai gram per sentimeter padu yang lebih berat berbanding minyak. Lalu mengakibatkan minyak yang tidak larut dalam air menjadi lebih ringan lalu berada di atas lapisan air. Dan secara zahirnya kita akan melihat minyak timbul di dalam bekas berisi air.

Namun begitu, menurut interpretasi umum air itu dapat diibaratkan bersih sifatnya dan minyak pula kotor sifatnya. Hal ini kerana contoh seperti kemalangan tumpahan minyak petroleum yang berlaku di lautlah yang menyebabkan pencemaran berlaku dan juga contoh-contoh lain yang berkaitan dengan minyak kerap kali memberi maksud ianya mengotorkan. Mesej yang ingin penulis sampaikan ialah mengenai perkembangan semasa yang hangat diperkatakan oleh media arus perdana (baca:media pengampu UMNO-BN). Iaitu mengenai perpaduan MELAYU!

Apa kaitannya antara hubungan air-minyak dengan idea perpaduan Melayu, yang diwar-warkan oleh media arus perdana (baca:media pengampu UMNO-BN) antara PAS-UMNO? PAS sebagai parti merangkap gerakan Islam di Malaysia berideologikan ISLAM, manakala UMNO sebagai sebuah parti Melayu berideologikan Kebangsaan Melayu (assobiyyah MELAYU). Secara mudah, cadangan perpaduan melayu yang hendak dibina ini antara PAS-UMNO adalah sama seperti hubungan air-minyak. Walaupun kedua-duanya dalam kategori cecair (liquid), tetapi keduanya tidak akan larut bersama. Samalah juga halnya dalam hubungan PAS-UMNO, kedua-duanya tidak akan berjaya disatukan walaupun kedua-dua parti orang MELAYU kerana fikrah(ideologi) ISLAM yang syumul, lengkap dan sempurna tidak akan berjaya disatukan dengan ideologi ASSOBIYYAH MELAYU yang tidak berpandukan kepada dua sumber utama ISLAM iaitu Al-Quran dan As-sunnah. Hal ini kerana ISLAM merupakan ad-din yang didatangkan dari Allah rabb al-amin adalah lebih tinggi martabatnya berbanding dengan fahaman ASSOBIYYAH MELAYU yang datang daripada ciptaan manusia sendiri. Sekiranya dilaksanakan juga idea PERPADUAN MELAYU itu kelak akan binasalah ISLAM dan juga UMAT ISLAM!

Sudah pasti kita semua tertanya-tanya apakah formula terbaik untuk menyatukan semua umat Islam termasuk bangsa Melayu di Malaysia tercinta ini. Tukarlah dasar parti dan panduan hidup berlandaskan ISLAM yang syumul! PAS yang sedia ada berideologikan ISLAM akan dapat bersatu dengan UMNO jika UMNO mampu menukar dasar perjuangannya daripada ASSOBIYYAH MELAYU kepada ISLAM yang syumul!

Tiada ulasan: