Sebagai pelajar yang terlibat secara langsung dengan kelab persatuan di universiti, saya merasakan perlu dibuat perubahan secara total terhadap pelajar di UNITEN khususnya. Kerana pada pengamatan saya, pelajar di UNITEN telah hilang hala tuju iaitu mengenai halatuju hidup mereka. Buktinya, gejala sosial semakin hari semakin teruk dalam keadaan tanpa kita semua sedar. Semasa Dr Azizan (bekas pensyarah di Jabatan Sains & Matematik UNITEN) masih mengajar di UNITEN, berapa banyak tangkapan pasangan berkhalwat & berzina yang dilakukan. Tangkapan tersebut dilakukan setelah mendapat aduan dari warga universiti sendiri. Namun apabila dibawa kes tersebut ke pihak pengurusan universiti, tiada tindakan tegas yang diambil. Itu peristiwa 5 tahun lepas. Pada semester lepas pula, terjadinya kes ‘mahasiswa panik’ yang telah membunuh seorang pengawal keselamatan akibat takut ditahan kerana telah berdua-duaan dalam kereta di tempat yang sunyi. Terdapat juga kes-kes terpencil seumpana ini yang tidak diketahui umum namun berlaku juga kerana tiada usaha pencegahan daripada pihak tertentu. Kelompok pelajar sendiri majoritinya merasakan permasalahan sosial ini satu perkara biasa, lantas merasakannya tidak BERDOSA! Atas sebab ini maka kita berpendapat pelajar UNITEN perlu ditunjukkan halatuju hidupnya yang sebenar, mungkin boleh dijemput Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) untuk mengendalikan kursus wajib kepada seluruh pelajar UNITEN.
Dari sudut aktivitisme pelajar UNITEN, jumlah pelajar yang terlibat dengan kelab persatuan semakin berkurangan. Kelab persatuan di UNITEN kampus Putrajaya yang berjumlah 51 nyata sekali kekurangan tenaga penggerak kerana pelajar tidak berminat untuk menyumbangkan masa,tenaga dan idea mereka untuk pelajar dan universiti. Saya tidak pasti akan punca sebenar kepada krisis kelesuan mahasiswa kini, Cuma saya dapat andaikan beberapa sebab berdasarkan kepada pemerhatian saya sendiri. Pertama, pelajar UNITEN kebanyakannya berasal dari sekitar Lembah Klang, berdekatan dengan keluarga atau paling kurang pun terdapat abang kakak atau saudara mara yang bekerja/menetap berdekatan UNITEN. Maka bila tiba hujung minggu, kebanyakan pelajar pulang ke rumah. Hari isnin-jumaat pula hanya diperuntukkan untuk pergi dan balik kelas sahaja. Jadi bila masa mereka hendak terlibat dengan aktiviti kelab persatuan? Hampir tiada.
Kedua, barangkali para pelajar masih terbawa-bawa dengan pemikiran semasa di sekolah asrama SBP/MRSM iaitu fokus kepada pelajar semata-mata. Saya tidak nafikan tujuan utama kita berada di universiti adalah untuk belajar, namun apa yang dikesali para pelajar seakan menolak segala aktiviti yang bukan dalam subjek yang dipelajari dan akademik. Padahal aktiviti kelab persatuanlah yang banyak membantu mereka untuk lebih cemerlang dalam akademik dan juga berguna selepas tamat pengajian kelak. Lebih teruk daripada itu, mereka yang hanya ingin fokus kepada akademik semata-mata jugalah yang tercicir, bak kata pepatah “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”.
Dari sudut kepimpinan pelajar UNITEN pula telah menyaksikan penurunan yang mendadak berdasarkan kepada prestasi MPPUNITEN sendiri. Di kampus Putrajaya sendiri, jawatan MPP hanya dipertandingkan selang setahun. Pada tahun 2002 ada pertandingan, pada tahun 2003 pula tiada pertandingan kerana pencalonan cukup-cukup! Corak ini berulang-ulang hingga sekarang (tahun 2009). Bagaimana pula MPP sesi akan datang,iaitu 2010? Sama-sama kita tunggu. Selain daripada pemilihan MPP, MPP yang telah terpilih untuk memimpin pelajar pula tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya mereka galas. Sebagai contoh, bekas timbalan presiden 1 MPP sesi 2006-07 telah hilang tanpa sebarang kesan pada separuh penggal kedua kepimpinan MPP 2006-07. Tiba-tiba beliau muncul semula di persada negara pada Jun 2008, bukan sebagai kebanggaan UNITEN tetapi sebagai suatu yang memalukan. Mengaku diliwat oleh seorang tokoh pemimpin Negara, ceritanya dijaja keseluruh Malaysia untuk tujuan politik dirinya semata-mata. Seluruh warga UNITEN berasa malu dan terhina dengan pengakuannya, bukan kerana percaya tetapi kerana jijik dengan akhlaknya! MPP sesi 2009-10 pula lain ceritanya. Kebanyakan MPP yang menang tanpa bertanding tidak mempunyai kemampuan untuk memimpin, kesannya MPP menjadi lesu dan tidak mampu untuk mempertahankan pelajar. Hal ini sudah menjadi petunjuk bahawa UNITEN ketandusan kepimpinan, berpunca juga dari kelesuan aktivisme pelajar.
Penyelesaian yang perlu diambil untuk jangka masa panjang ialah dengan membetulkan pandangan hidup mereka secara menyeluruh, bukan semata-mata hidup di dunia sahaja. Satu-satu jalan penyelesaian ialah kembali kepada ISLAM! Hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah sahaja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan