Setelah lima tahun lamanya saya menuntut di UNITEN, kini saya sudah pun menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Tempoh lima tahun tersebut telah membawa erti yang begitu bermakna dalam diri saya ini sama ada secara fizikal, mental dan spiritual. Sememangnya pengalaman berada di universiti sungguh berbeza berbanding ketika berada di sekolah.
Kenapakah saya berpendapat begitu? Hal ini kerana ketika berada di sekolah, kita mendapat pengawasan terus daripada ibu bapa. Paling kurang pun bagi pelajar berasmara penuh, mereka ada warden yang akan menjadi pengganti ibu bapa mereka di asrama. Tetapi tidak bagi di universiti. Keadaan ini menuntut pelajar untuk berdikari (berdiri atas kaki sendiri) dalam survival hidup masing-masing. Sama ada survival dalam akademik mahupun kehidupan ber’universiti’. Menurut pemerhatian saya, lebih ramai pelajar yang hanyut dalam kehidupan di universiti walaupun dahulunya mereka cemerlang di sekolah. Ada juga daripada mereka yang datang dari sekolah berpendidikan agama tetapi tewas dengan arus negatif di universiti. Mereka mengalami kejutan budaya kerana di universiti memberikan kebebasan mutlak untuk berbuat apa sahaja.
Saya boleh kategorikan pelajar universiti kepada dua golongan secara umumnya. Pertama, golongan yang mengamalkan ‘aku tidak peduli’ dan golongan kedua, pelajar yang aktif berpersatuan selari dengan akademik. Majoriti pelajar berada dalam kelompok pertama. Simptom-simpton yang ditunjukkan oleh kumpulan pertama ialah dengan mengasingkan diri daripada terlibat dengan aktiviti kokurikulum. Alasan yang digunakan biasanya “aku nak fokus pada study dulu”. “aku tiada bakat dalam kepimpinan”. Walau apapun alasan yang diberikan, merekalah golongan yang mudah hanyut kerana bersendirian dalam kehidupan di university. Masakan tidak, akademik yang dikejar keciciran. Malah, langkah untuk tidak libatkan diri dalam sebarang aktiviti kokurikulum semata-mata untuk fokus kepada akademik menyebabkan diri mereka tidak mempunyai apa-apa skil yang berguna pada masa hadapan. Hidup seharian diisi dengan perkara yang kurang bermanfaat seperti ‘couple’, ‘dating’ dan pergaulan bebas. Masa-masa yang sepatutnya digunakan untuk belajar dan berpersatuan dibazirkan untuk menghiburkan pasangan masing-masing.
Berbeza pula bagi golongan kedua, mereka inilah yang aktif menggerakkan kelab persatuan di samping. Sungguhpun mereka mampu mengisi masa dengan berpersatuan dan cemerlang dalam akademik, namun ada juga segelintir di antara mereka yang mempunyai masalah akademik yang merosot. Perkara ini berlaku disebabkan kurang cermat dalam menguruskan masa,bukan disebabkan oleh kelab persatuan tersebut. Akan tetapi satu persamaan yang terdapat pada golongan kedua dan pertama, iaitu pergaulan bebas. Lelaki dan perempuan bergaul tanpa batasan. Atas nama kelab persatuan dan program, mereka tanpa segan silu bersentuhan antara satu sama lain. Bagi saya, pergaulan bebas ini merupakan satu masalah besar kerana ianya asas kepada berlakunya budaya ‘couple’ dan ‘dating’ yang berleluasa di sana sini. Natijahnya ia akan membawa kepada kes-kes zina dan rogol yang sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia dan dunia. Tahukah kita bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun 2009. Berbanding pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang. Bebalik kepada persoalan asal, pergaulan bebas yang berlaku di universiti dan khususnya lebih giat lagi dalam kelab persatuan.
Saya berasa terpanggil untuk membangkitkan perkara ini kerana pergaulan bebas akan memberi kesan pada jangka masa panjang kepada masyarakat dan Negara. Bagaimana perasaan anak-anak bila dibesarkan tanpa kasih sayang bapa kandung. Bagaimana hubungan anak-anak ini dengan keluarga mereka kerana mereka tidak mempunyai hubungan yang sah. Runtuhnya kegemilangan kerajaan ROM dan Parsi kerana mudarat daripada zina, maksiat arak dan judi pada ketika itu. Adakah kita mahu meruntuhkan masyarakat dan Negara kita akibat daripada perbuatan kita sendiri?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan