Jumaat, 23 April 2010

Tolak kezaliman,tolak APCO

Salam 1ISLAM! Satu fikrah,satu amal!

Negara kita baru-baru ini dikejutkan dengan pendedahan oleh DS Anwar Ibrahim mengenai firma komunikasi antarabangsa yang dibayar perkhidmatannya oleh kerajaan Malaysia dalam usaha mempromosikan Malaysia di mata dunia. Berbekalkan slogan '1MALAYSIA: Rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan', promosi besar-besaran sudah lama bermula di mana-mana sahaja khususnya dalam negara. Bukan setakat di radio,televisyen dan akhbar yang dimiliki orang berkepentingan UMNO sahaja, malah di universiti-universiti dan apa jua perhimpunan serta acara rasmi akan diletakkan promosi 1Malaysia.

Apa yang menjadi isu di sini ialah firma komunikasi antarabangsa tersebut atau lebih dikenali sebagai APCO Worldwide International mempunyai hubungan yang kuat dengan pembesar-pembesar Yahudi-Zionis. Mereka ini juga pernah memegang 'post-post' tertinggi dalam negara HARAM Israel. Juga berperanan sebagai perisik MOSAD, agensi perisikan Israel. Menjadi kekhuatiran rakyat Malaysia umumnya kerana di negara jiran kita telah dijadikan tapak operasi oleh mereka di Asia Tenggara, dan perkembangan ini sedikit sebanyak akan mengugat keselamatan negara Malaysia. Rentetan daripada itu, terdapat beberapa wakil APCO yang ditempatkan di pejabat pentadbiran kerajaan Malaysia dan ibu pejabat PRDM Bukit Aman. Hal ini menyebabkan kedudukan Malaysia bertambah parah kerana terdedah kepada musuh Dunia, iaitu Yahudi-Zionis yang sejak dahulu lagi melakukan kezaliman kepada penduduk di Palestin.

Adalah wajar pendedahan YB DS Anwar Ibrahim mendedahkan perkara ini di Parlimen kerana ianya adalah isu negara dan keselamatan rakyat. Apakah tidak cukup dengan khabar berita mengenai kezaliman Yahudi-Zionis di timur tengah serta peranan mereka dalam menguasai politik Amerika melalui Senat Amerika. Dunia turut berada dalam kucar kacir bila kuasa kezaliman ini menguasai teknologi dan perjalanan dunia. Nampaknya Malaysia tidak mengambil iktibar daripada pembunuhan duta kerajaan HAMAS Palestin di Dubai oleh agen perisik Israel.

Terbaru, kerajaan Malaysia seakan mengiyakan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada APCO apabila tunduk kepada kehendak Amerika dalam memerangi pejuang Afghanistan. Pertemuan PM Malaysia dengan Presiden Amerika telah menjanjikan penghantaran penghantaran bantuan kepada tentera bersekutu Amerika yang sedang menjalankan penjajahan di Afghanistan. Tidak cukup dengan itu, malaysia turut menyokong sekatan bekalan gasoline ke Iran yang dilakukan oleh Amerika atas alasan memerangi keganasan daripada berlaku. Nampaknya, Malaysia menjadi 'pak turut' kepada kezaliman kuasa asing yang zalim. Jelas sekali bahawa kerajaan Malaysia telah memilih jalan songsang daripada kehendak rakyat dengan membenarkan polisi negara dikawal oleh mereka.

Maka, wajib bagi kita menilai isu APCO dan pendirian Malaysia terhadap dasar luar Amerika dengan jujur dan sedalam-dalamnya. Kita semua sebagai rakyat Malaysia mesti menginsafi nasib yang telah dan sedang dihadapi oleh saudara se-Islam kita yang tertindas di negara lain dan pada masa yang sama, keselamatan negara Malaysia sendiri tegugat oleh kehadiran perisik yahudi-Zionis di Malaysia. Hanya rakyat Malaysia sahaja yang mampu menentukan nasib negara kita sendiri. TOLAK KEZALIMAN! TOLAK PENJAJAHAN! HIDUP RAKYAT!

Tiada ulasan: