Motivasi buat mahasiswa (membina kesedaran dari dalam diri)
- Mahasiswa adalah pelapis kepada pemimpin masyarakat dan Negara untuk masa hadapan. Universiti merupakan tempat untuk menuntut ilmu bermula dari ilmu teras,iaitu ilmu mentauhidkan Allah hinggalah kepada bidang pengkhususan masing-masing , seperti kejuruteraan dan teknologi maklumat.
- Di Universiti juga merupakan tempat untuk melatih diri sebelum kita semua di campakkan ke dunia pekerjaan kelak. Maka, mahasiswa perlu melibatkan diri dengan apa jua aktiviti berpersatuan yang bermanfaat.
- Suasana di universiti adalah jauh berbeza daripada di sekolah. Di universiti, tiada warden atau mak ayah yang boleh memantau kita setiap hari seperti di sekolah dahulu. Maka, semua perkara kita lakukan sendiri atau berdikari. Ianya suatu bentuk latihan sebelum kita memilki pekerjaan, berkeluarga sendiri dan hidup asing daripada mak ayah kelak.
- Oleh itu, jangan sia-siakan hidup kalian dengan perkara yang kurang memberikan manfaatkan kepada diri dan masyarakat. Jauhilah budaya zina, pergaulan bebas antara laki-laki dan perempuan serta segala perkara yang menjurus diri ke arah maksiat.
- Mari kita muhasabah tentang tujuan kita datang ke universiti. Tujuan kita hadir ke universiti adalah untuk menuntut ilmu dan malatih diri menjadi insan yang mampu menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan Negara pada masa akan datang.
- Terdapat beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama dengan sahabat mahasiswa sekalian:
- Sertai apa-apa majlis ilmu yang memberikan kesedaran seperti kuliah agama di surau & masjid, terlibat secara aktif dengan usrah, atau apa jua program pengisian yang memberi input berguna.
- Libatkan diri secara aktif dengan kelab persatuan, serta program amal untuk masyarakat kampus.
- Isi masa lapang anda dengan perbincangan ilmu bersama rakan-rakan. Ataupun buat aktiviti riadah bersama-sama seperti bermain bola sepak atau bola jaring. Manfaatnya adalah untuk membina ukhuwwah antara sesama muslim.
- Kurangkan pergi ke pusat-pusat hiburan seperti panggung wayang,pusat karaoke , konsert dan sewaktu dengannya.
- Kurangkan melihat perkara-perkara yang tidak elok seperti gambar dan iklan wanita seksi, arak dan perkara yang meransang nafsu.
- Kurangkan diri daripada mengisi masa bersama dengan pasangan anda(couple). Tenaga dan masa anda amat diperlukan pada perkara yang lebih utama seperti pelajaran, kelab persatuan, keluarga dan yang paling utama untuk agama Islam.
- Hiburan amat penting kepada manusia, asalkan ianya tidak melalaikan. Banyakkan hiburan yang mendekatkan diri kepada Allah, kurangkan mendengar dan menonton hiburan yang berbaur perkara maksiat dan memuja wanita.
- Jangan tinggalkan perkara wajib, iaitu solat 5 waktu. Lagi elok jika dilakukan secara berjemaah.
- Tingkatkan amalan bacaan al-Quran dan zikir selepas solat.
- Dekati kelompok yang cintakan Islam. Rapatkan diri dengan mereka & bina suasana hidup anda dengan suasana yang soleh.
- Dekati tempat-tempat seperti masjid, surau, perpustakaan dan iktikafkan diri di dalamnya.
1 ulasan:
this post - I lyke!!!
Catat Ulasan