Jumaat, 5 Mac 2010

Program ini ada kebenaran? Mana paperwork?


Gambar hiasan. Tiada kaitan dengan artikel ini.

Mesti ada daripada kalangan sahabat-sahabat tertanya akan gerangan pemilihan tajuk ini sebagai 'headline' artikel kali ini. Saya ingin mengajak kalian semua bayangkan, jika anda adalah pengarah atau jawatankuasa penting dalam sesuatu program. Objektif program anda sungguh jelas dan baik dari segi tujuan penganjurannya. Mari kita bayangkan dahulu...

Kemudian, dalam proses penganjuran program ini, ada beberapa prosedur yang perlu diikuti. Antara pihak-pihak yang terlibat, HEP, PPH, ITMS, COIT, COE, PPIP serta lain-lain. Tempoh memohon kebenaran bergantung kepada pihak yang terlibat. Sebagai contoh, untuk memohon khidmat cetak ITMS, hanya perlu kelulusan HEP dan tiada tempoh ditetapkan sebelum mendapatkan khidmat mereka.

Selepas anda berjaya memenuhi prosedur-prosedur ini, yang tinggal hanya pelaksanaan, iaitu hari kejadian berlangsungnya program. Tiba-tiba ada individu di tempat anda tempah untuk buat program, bertanya kepada anda "program ini dapat kelulusan tidak?" Apa yang anda boleh tafsir situasi ini?

Pada pendapat saya, individu ini berlagak seperti 'unit keselamatan' walhal mereka hanya berkuasa sebagai pekerja di tempat itu sahaja. Mungkin mereka tidak tahu latar belakang program atau sengaja buat-buat tidak tahu.

Kedua, mungkin juga mereka merasakan dengan kuasa yang mereka ada maka mereka boleh buat apa sahaja dengan menolak segala program yang hendak dianjurkan walaupun program-program yang berunsur kebajikan. Bagi saya, mereka ini taksub buta, asobiyyah dan tidak mempunyai akhlak.

Nasihat saya kepada mereka, dunia ini ibarat roda. Hari ini kalian memalukan, menekan, menyekat orang lain. Esok lusa giliran kalian pula akan diperlakukan sedemikian rupa. Muhasabah dan insaflah. Bertaubatlah, kerana ajal maut tidak kira masa dan tempat. Kalau ajal kita sampai ketika kita berada dalam masjid, dalam situasi kita menghina orang lain maka pengadilannya di akhirat kelak. Beringatlah!

nota kaki: nasihat ini ditujukan buat semua pelajar,staf UNITEN dan tenaga pengajar UNITEN. Ada hati sedar, ada akal fikir, ada mata lihat, ada telinga dengar, ada tangan bertindaklah!

Tahniah kepada PPI kerana berjaya menempuh pelbagai cabaran sehingga ke hari ini. Next program: Forum G2K[11 Mac 2010, 9 malam, Masjid Uniten] & Family Day [14 Mac 2010]

Tiada ulasan: