Khamis, 7 Januari 2010

Politik

Apa itu politik?
Dalam bahasa arab, perkataan ‘politik’ disebut sebagai as-siyasah yang berasal daripada perkataan saas yasuus siyasah yang bermaksud mengatur atau memimpin. Secara mudah, politik bermaksud cara atau kaedah menguruskan sesuatu. Bila kita menguruskan diri atau keluarga,turut membawa maksud politik. Cuma dalam konteks ini, ia tidak disebut politik. Perkataan politik biasanya digunapakai bila sesuatu perkara atau sistem yang diuruskan itu bersifat kompleks. Contohnya sistem yang melibatkan jabatan, fakulti, Universiti, Syarikat dan sebagainya.

Apa faedah politik?
Setiap kerja yang mempunyai perancangan yang rapi akan menghasilkan kerja yang tersusun, efektif dan efisyen. Saidina Ali Karamallahuwajhah turut berpesan, “kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang”.

Politik itu kotor?
Mungkin ini merupakan pandangan sebahagian besar manusia khususnya orang Islam. Manakan tidak,aksi-aksi yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh politik di mana-mana Negara di dunia menunjukkan akhlak yang buruk. Dengan sebab ini, ia menjadi punca utama manusia menjauhi dari mengetahui perkembangan semasa Negara,lebih-lebih lagi melibatkan urusan politik Negara. Politik pada asasnya adalah amat penting dalam sesebuah Negara, bukan sekadar itu sahaja. Dalam setiap bidang dan perkara yang kita lakukan juga berkait rapat dengan politik. Doktorin ‘politik itu kotor’ sebenar telah dimainkan sejak sekian lama oleh musuh Islam, iaitu yahudi dan nasrani melalui proksi-proksi mereka. Tujuannya agar umat Islam menjauhi urusan pentadbiran Negara dan politik. Sebagai contoh, Negara Mesir yang mempunyai ramai tokoh-tokoh sarjana Islam dan ulama-ulama tetapi diperintah oleh pemerintah yang sekular. Kesannya, pemerintah mesir telah melakukan banyak kezaliman terhadap rakyat sendiri, antaranya memenjara dan membunuh ramai pejuang Islam Ikhwanul Muslimin yang berjuang mempertahan Negara palestin, melaksanakan undang-undang ‘hukum tanpa bicara’ serta menyekat laluan bagi penghantaran bantuan kemanusiaan ke palestin. Umat Islam menjadi lemah akibat kuasa politik yang terlepas ke tangan golongan yang memusuhi Islam.

Politik menurut Islam
Urusan politik adalah sebahagian daripada kewajipan yang dilaksanakan oleh para rasul dengan perintah Allah.
“Maka imam(pemimpin) adalah penggembala (penjaga) dan mereka akan ditanya (pada hari kiamat) berkenaan rakyatnya.”
Dalam kitab al-Quran menceritakan bahawa rasul-rasul bukan sahaja berdakwah dan berhadapan dengan rakyat biasa, bahkan mereka turut menghadapi cabaran berdepan dengan kerajaan dan raja-rajanya serta pembesar-pembesar negeri di zaman masing-masing. Ada yang berjaya mendirikan kerajaan seperti nabi Daud, nabi Sulaiman dan nabi Muhammad. Selepas Nabi Muhammad wafat, para sahabat meneruskan urusan politik Negara melalui pemilihan khalifah dalam kalangan mereka serta menyambung tugas mentadbir Negara.
Bukti ini menunjukkan betapa pentingnya politik menurut Islam kerana apabila Islam mentadbir politik, seluruh dunia dan manusia akan mendapat rahmat kerana Islam adalah rahmat lil ‘alamin. Sebaliknya, jika politik yang mentadbir Islam maka banyak kerosakan yang terjadi di muka bumi ini. Contoh terdekat, bagaimana hukum Allah dipermainkan seperti yang ditunjukkan melalui ‘isu kartika dan sebatan kerana meminum arak’ dan ‘isu penggunaan kalimah Allah’. Walaupun majoriti penduduk Negara ini Islam tetapi hakikatnya corak pentadbiran Negara tidak berteraskan Islam.

Mari bersama daulatkan Islam!
Kerosakan-kerosakan yang berlaku di dunia khususnya di Negara kita menuntut kita untuk membuat perubahan secara total, bukan perubahan sebahagian sahaja. Alasannya mudah, Islam itu sifatnya syumul. Maka Islam mesti diletakkan pada tempat,inilah yang dimaksudkan adil. Umat Islam tidak boleh mengambil konsep agama suku dalam mengamalkan urusan pentadbiran dunia seperti pepatah “serahkan urusan agama kepada tuhan, urusan dunia kepada raja-raja”. Nyata sekali pepatah ini menyalahi konsep iqamatuddin, wa siasatuddun ya. Dirikan agama(Islam), dan tadbir dunia dengan agama(Islam). Mari kita semua bersama-sama menggembling tenaga ke arah mencapai keredaan Allah. Bagi yang dahulunya menolak politik, mari kita menuju perubahan. Mari kita menjadi pelincir kepada kebangkitan Islam, bukan bendasing yang melambatkan perkembangan Islam!

1 ulasan:

blackness guy berkata...

Penulisan yang ringkas tapi penuh kesedaran...