Pada awal tahun 2010, Malaysia telah dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi akan satu kes kendaliannya yang melibatkan penggunaan kalimah 'Allah'. Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam penghakimannya telah memutus untuk membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik, Herald - The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Hakim mahkamah berkenaan, Datuk Lau Bee Lan membuat keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam terbitan akhbar berkenaan atas alasan ia berdasarkan hak di dalam perlembagaan. Lantas ia menimbulkan polemik dalam kalangan rakyat Malaysia umumnya, dan masyarakat Islam khususnya.
Apa hukumnya?
Kebanyakan ulama berpendapat bahawa penggunaan kalimah Allah dibolehkan berdasarkan kepada firman Allah menerusi surah Al-Angkabut,ayat 61:
Dan sesungguhnya bila engkau(wahai Muhammad) bertanya kepada mereka(musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka boleh tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintah-Nya)?
Nyata sekali penggunaannya dibolehkan berdasarkan kepada tauhid rububiyah sendiri, iaitu pengakuan hamba-Nya akan kewujudan Sang Pencipta(Allah) yang menjadikan sekalian alam. Namun, terdapat juga pandangan yang tidak membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' sekiranya digunakan secara salah!
Allah yang difahami oleh orang Islam ialah wajib bagi-Nya bersifat sempurna. Tiada beranak atau diperanakkan. Tiada sekutu bagi-Nya dengan makhluk-makhluk lain. Hal ini telah diperakui menerusi lafaz kalimah syahadah, Tiada tuhan melainkan Allah. Konsep ketuhanan ini telah dipegang erat sejak kewujudan bapa manusia, nabi Adam hingga ke nabi Muhammad dan hingga kini. Namun, bagi golongan yahudi dan nasrani (kristian) konsep ketuhanan yang mereka pegang telah diselewengkan daripada ajaran asal yang telah disampaikan oleh Allah melalui utusan-Nya seperti nabi Musa(kepada Yahudi) dan nabi Isa(kepada nasrani). Sebagai contoh, kristian mempercayai dengan konsep 'trinity'-tuhan bapa,tuhan anak dan roh kudus. Maka dalam hal, dilarang sama sekali penggunaan kalimah 'Allah' kerana tiada layak bagi-Nya bersifat kekurangan apatah lagi bersekedudukan dengan mana-mana makhluk.
Syirik hukumnya bagi sesiapa yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
Apa tujuan penggunaannya?
Dalam situasi di Malaysia, penggunaan kalimah 'Allah' adalah suatu yang janggal di kalangan masyarakat selain Islam. Sebabnya, kalimah 'Allah' dan semua perkataan arab hanya digunakan masyarakat Islam Malaysia sejak sekian lama. Berlainan pula keadaannya di negara arab seperti Mesir, masyarakat Islam dan Kristian di sana bebas menggunakan kalimah 'Islam' serta lain-lain ungkapan Islam kerana bahasa arab adalah bahasa ibunda mereka.
Keduanya, kenapa hanya Kristian Katolik di Malaysia sahaja yang beriya hendak menggunakan kalimah 'Allah' sehingga dibawakan ke mahkamah? Sedangkan Kristian yang berpusat Vatican tidak berbuat seperti apa yang mereka buat?
Atas dua sebab utama ini, masyarakat Islam umumnya berhak untuk mencurigai tujuan penggunaannya.
Apa isunya?
KDN dalam rayuannya kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan kes penggunaan kalimah 'Allah', telah mengatakan bahawa kalimah 'Allah' adalah hak orang Islam sahaja. Di sinilah isunya, iaitu menafikan Allah sebagai tuhan sekalian makhluk. Adakah orang bukan Islam mempunyai tuhan lain selain daripada Allah? Jelas sekali kecetekan ilmu, apabila kita cuba menafikan Allah sebagai pencipta semua makhluk termasuk orang bukan Islam. Bukankah keadaan ini boleh jatuh syirik, iaitu dengan menafikan sebahagian kesempurnaan Allah?
Kesimpulan
Berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah oleh mana-mana pihak sehingga boleh mengelirukan masyarakat ADALAH ditegah sama sekali. Penggunaan kalimah 'Allah' secara salah hendaklah dijauhi, apatah lagi jika ia digunakan untuk tujuan politik.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran,ayat 64:

Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan