Rakyat Malaysia telah menyaksikan kehilangan seorang lagi pendakwah dari muka bumi,iaitu Ustaz Asri Rabbani. Di kala manusia lalai dalam menunaikan tanggungjawab ke atas Allah, beliau muncul untuk menyampaikan risalah Ilahi dengan caranya sendiri iaitu dengan menggunakan medan hiburan. Dahulu beliau berada dalam kumpulan nasyid Nadamurni, yang telah mencapai kegemilangan pada awal era 90-an sebelum dibubarkan pada lewat 90-an. Kemudian beliau bersama dengan beberapa rakan dalam Nadamurni telah menubuhkan kumpulan Rabbani, manakala sebahagian rakannya yang lain(merujuk kepada Nadamurni) telah menubuhkan Hijjaz. Di medan inilah beliau bersama rakan-rakan banyak menghabiskan hampir seluruh usia dan jiwanya untuk Islam, menyampaikan dakwah Islam keseluruh masyarakat Malaysia khususnya dan masyarakat dunia umumnya.
Kehilangan beliau amatlah dirasai, bukan sebagai seorang artis tempatan yang berbakat dalam arena industri muzik semata-mata, akan tetapi sumbangannya besar dalam tugas berdakwah melebihi sumbangan dalam industri muzik itu sendiri. Maka hendaklah kita mencontohi apa yang telah dilakukan beliau.
Antara contoh yang boleh dijadikan panduan ialah istiqamah dalam menyampaikan dakwah tidak kira di mana sekalipun. Almarhum dari zaman mudanya hingga ke akhir hayat diabdikan untuk Islam, dengan cara meninggikan Islam. Tiada agama yang diredai disisi Allah melainkan Islam. Sememangnya dakwah secara umumnya merupakan tugas yang mesti dipikul oleh setiap muslim berdasarkan kepada prinsip yang digariskan Islam, iaitu menyuruh kepada kebaikan mencegah daripada kemungkaran. Dakwah itu pula terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu bil hal (melalui perbuatan) dan bil lisan (melalui lisan). Maka kita dapat lihat disini, beliau telah melaksanakan dakwah secara lisan dalam industri hiburan. Kerana manusia secara fitrahnya suka berhibur,maka beliau telah menetapkan usaha menyampaikan dakwah secara berhibur.
Kedua, kita hendaklah mempunyai daya tahan dalam menjalankan usaha dakwah seperti yang ditunjukkan beliau. Seperti yang kita maklum bahawa industry muzik ini mempunyai 1001 macam cabaran dan dugaan, kalau silap langkah bisa hanyut dan tersasar tujuan kita bila berada di dalamnya. Untuk perkara ini, saya nasihatkan kepada semua sahabat-sahabat yang bercita-cita untuk memasuki bidang nasyid atau yang sewaktu dengannya supaya mempersiapkan diri terlebih dahulu. Hal ini supaya kita memahami tujuan sebenar menyertai bidang nasyid,bukan untuk glamour semata-mata. Akan tetapi untuk tujuan melaksanakan tugas yang mulia lagi suci, iaitu dakwah.
Semoga kita yang masih hidup ini dapat meneruskan usaha yang telah dijalankan oleh sekalian pejuang Islam terdahulu tidak kira di mana kita berada, dalam bidang apa jua yang kita ceburi. Sememangnya tugas dakwah ini merupakan tugas kenabian dan kerana itu ia bersifat mulia lagi suci. Marilah sama-sama kita mendoakan roh mereka agar dirahmati Allah. Buat keluarga Almarhum Ustaz Asri, sekalung ucapan takziah atas pemergian beliau ke rahmatullah. Al-fatihah..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan