Assalamualaikum
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan masa untuk menulis di ruangan web blog ini. Kerana sudah lama saya tidak berkelapangan untuk berinteraksi di ruang maya. Juga kepada rakan-rakan pimpinan PPI, selamat maju jaya diucapkan dalam menghadapi hujung sesi yang semakin menghampiri.
Pertama sekali, ingin saya mewakili JAWATANKUASA MUKTAMAR SANAWI KALI KE-11 memohon maaf kepada seluruh warga PERSATUAN PENGAJIAN ISLAM UNITEN kerana penangguhan tarikh muktamar, iaitu sepatutnya pada 7 OGOS 2009 (jumaat). Hal ini tidak dapat dielakkan kerana beberapa perkara yang akan saya jelaskan kemudian.
Merujuk kepada artikel ‘Perlembagaan Persatuan Yang Perlu Dikaji!!!’ yang dipetik dari blog http://destinasimu.blogspot.com/ , saya ingin menjelaskan beberapa salah faham yang diutarakan oleh pihak destinasimu. Saya selaku setiausaha agung PPI sesi 2008-2009 merasa bertanggungjawab untuk isu ini. Saya juga ingin memaklumkan bahawa saya juga turut berperanan sebagai PENGARAH JAWATANKUASA MUKTAMAR SANAWI KALI KE-11 merangkap AJK JAWATANKUASA PEMILIHANAN SAF PIMPINAN PERSATUAN PENGAJIAN ISLAM 2008-2009. Terlebih dahulu ingin saya nyatakan beberapa perkara tersebut:
1. Sebab utama muktamar sanawi PPI ditangguhkan
2. Mengikuti perlembagaan bukan bererti menjadi pak turut.
3. Definisi ahli PPI dan ketegorinya
4. Saudara baru tidak diabaikan, dakwah islam diperluaskan.
5. Muktamar PPI sebagai medan muhasabah.
Maka mahu tak mahu kena jua ditangguhkan kerana dirisaukan tiada cukup ahli yang hadir untuk memenuhi syarat AGM sesebuah persatuan di bawah HEP UNITEN.
Sebab utama muktamar sanawi PPI ditangguhkan adalah bagi menghormati arahan yang telah dikeluarkan pada 6 Ogos 2009 (Khamis), bertempat di Dewan Seri Sarjana jam 2 petang oleh Prof Madya Ir Dr. Kamal TNC (HEPAP) kita sempena dengan penularan wabak H1N1 di UNITEN yang kritikal. Antara arahan yang dikeluarkan beliau ialah:
• Segala aktiviti akademik dihentikan serta merta bermula dari saat pengumuman dibuat sehingga 16 Ogos, kelas akan bermula semula pada 17 Ogos.
• Segala aktiviti staf/kelab yang melibatkan perhimpunan mesti ditangguhkan dari sekarang hingga ke 16 Ogos.
Maka, sebab penangguhan Muktamar kerana risau tidak memenuhi syarat AGM sesebuah kelab bukanlah sebab utama. Hal ini kerana jika tiada arahan dikeluarkan oleh pihak TNC (HEPAP), Muktamar Sanawi PPI tetap akan berlangsung pada 7 OGOS(jumaat) jam 2.30 petang. Berkebetulan tarikh tersebut ialah tarikh bagi pelajar degree mula balik cuti mid sem. Jika sebab risau tidak cukup ahli digunakan, ianya kurang tepat memandangkan ahli PPI tetap akan menunggu Muktamar sebelum pulang. Walaupun bagaimanapun, syarat tersebut masih lagi dipatuhi oleh PPI memandangkan ianya termaktub dalam perlembagaan PPI. Boleh rujuk pada Fasa 6 (I)(f) dalam perlembagaan Persatuan Pengajian Islam.
Perlembagaan?Adakah mahu menjadi pak turut perlembagaan PPI yang dibuat oleh senior pimpinan PPI terdahulu?Mengapa begitu jumud?Ana tahu ana tiada ilmu agama hebat seperti kalian.Namun berilah nafas baru kepada PPI.Jangan terlalu mengikut sangat perlembagaan itu.
Saya menghargai rasa prihatin saudara terhadap PPI. Namun, ingin saya jelaskan bahawa sesebuah kelab ditubuhkan atas perlembagaan kelab tersebut. Perlembagaan tersebut menjadi garis panduan bagi kelab tersebut untuk bergerak dan menjalankan aktivitinya. Dalam hal ini, PPI sebagai sebuah kelab yang berdaftar di bawah TNCA dan pendaftar ( kini TNC HEPAP dan PHEP) mempunyai perlembagaan sendiri. Berdasarkan kepada Fasa 3,iaitu objektif Persatuan Pengajian Islam :
Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan menyediakan satu landasan dengan mana program-program dan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada pembangunan intelektual, sosial dan sahsiah ahli-ahli, khasnya dan warga UNITEN, amnya, seperti berikut dapat diketengahkan dan dikelolakan:
I) Pengajian dan pendalaman kefahaman Islam.
II) Pembangunan sahsiah.
III) Kebajikan masyarakat.
Adalah tidak tepat sama sekali untuk mengatakan PPI jumud, sama ada pimpinan terdahulu mahupun kini. Hal ini kerana jelas sekali bahawa visi(ataupun objektif) PPI seperti di atas sudah memberi satu panduan umum yang tidak menyalahi tuntutan syarak malah selari dengan ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-sunnah.
Seperkara, saya kurang bersetuju dengan pandangan supaya tidak perlu mengikut sangat perlembagaan tersebut. Di dalam Islam ada menyebut, ‘Matlamat tidak menghalalkan cara’. Walaupun niat betul tetapi cara tidak betul,ianya tetap dianggap tidak betul. Maka niat dan cara mesti betul. Lebih-lebih lagi bagi PPI yang juga merupakan sebuah organisasi dakwah di Uniten, cara yang betul mesti diaplikasikan. Langkah paling asas ialah dengan mematuhi garis panduan yang telah termaktub dalam perlembagaan.
Alhamdulillah dinamakan Persatuan Pengajian Islam bukannya Persatuan Mahasiswa Islam (PMI).Jika menggunakan PMI alamatnya hanya ahlinya semuanya beragama Islam.Namun UNITEN mempunyai PPI iaitu persatuan yang membenarkan ahlinya menjadi ahli kerana mahu mendalami selok belok Islam samada Akidah mahupun cara hidup umatnya.
Merujuk kepada Fasa 4(I), Keahlian Persatuan Pengajian Islam:
a) Keahlian Penuh
-Keahlian ini terdiri daripada mahasiswa beragama Islam yang belajar sepenuh masa di UNITEN.
b) Keahlian Bersekutu
-Keahlian ini terbuka kepada mahasiswa bukan Islam dan mahasiswa-mahasiswa yang belajar separuh masa serta pensyarah-pensyarah di UNITEN.
Perlembagaan PPI sudah menyatakan secara jelas mengenai status ahli non-muslim. Seterusnya, sambungan kepada Fasa 4,
II) Ahli-ahli berhak melibatkan diri dalam sebarang program yang dianjurkan oleh persatuan.
III) Ahli-ahli berkelayakan (a) berhak memegang mana-mana jawatan dalam persatuan.
IV) Ahli-ahli berkelayakan (b) tidak dibenarkan memegang mana-mana jawatan dalam persatuan.
Apa yang boleh saya katakan disini, perkara utama yang mesti dilakukan terlebih dahulu ialah pemahaman isi perlembagaan PPI. Tanpa memahaminya terlebih dahulu, salah faham akan timbul. Betapa pentingnya setiap ahli PPI memahami isi perlembagaan PPI supaya mereka akan lebih memahami setiap kerja yang dilakukan PPI.Tambahan pula,di sinilah terletaknya kredibiliti PPI dalam memegang amanah serta melaksana tanggungjawab berdasarkan kepada perlembagaan.
Tidak semestinya dakwah itu melalui ceramah.Malah sikap tolak ansur dan memberi peluang kepada non-muslim bersuara menaikkan semangat mereka mendalami Islam yang jelas tidak mendikriminasikan mereka.Jika dilanggar perlembagaan kerana darurat tidak dibolehkan?Sampai bila mahu ditakuk lama?
InsyaAllah PPI akan sentiasa membaiki kelemahan secara berterusan. Sudah menjadi matlamat Muktamar Sanawi PPI diadakan untuk mengumpulkan semua ahli untk bermuhasabah. Jumlah kehadiran ahli ke Muktamar bukanlah fokus utama,hal ini ingin saya tekankan sekali lagi.Tetapi perkara yang lebih utama, kehadiran ahli ke Muktamar untuk sama-sama membuat muhasabah ataupun ‘postmortem’ supaya segala perkara yang baik dapat diteruskan serta kelemahan dapat diperbaiki.PPI tidak pernah mendiskriminasikan mana-mana golongan baik muslim mahupun non-muslim, malah PPI memberi ruang yang seluas-luasnya kepada semua ahli. Tidak semestinya bila mahu menyumbang kepada PPI mesti jadi exco atau MT. Jangan dilupakan kepada peranan AJK PPI yang turut memberi peranan besar kepada PPI sejak sekian lama. Cadangan saya, boleh diserahkan nama ahli-ahli PPI yang tidak bertanding dalam muktamar PPI,lebih-lebih lagi yang telah berjasa besar kepada PPI. Serahkan nama mereka kepada pimpinan PPI akan datang. Sumbangan mereka amat diperlukan untuk PPI akan datang.
Akhir kata, jangan disalahkan perlembagaan PPI hanya kerana beberapa perkara teknikal. Sedang ada perkara dasar yang lebih lebih penting untuk diambil perhatian. Kaji dan fahami hasrat perlembagaan PPI terlebih dahulu, faham sebagai syarat utama dalam segala tindakan yang bakal kita lakukan. Sekiranya ada perkara dalam perlembagaan yang perlu dikaji,maka berbincanglah dengan elok dalam muktamar kelak. Di sini bukti yang menunjukkan PPI bersifat terbuka. PPI tidak menolak perubahan sekiranya ianya baik untuk Islam dan PPI pada masa hadapan. Datanglah beramai-ramai ke MUKTAMAR SANAWI PPI KALI KE-11.
MUKTAMAR SANAWI KALI KE-11 PERSATUAN PENGAJIAN ISLAM UNITEN
Tarikh: 19 Ogos 2009
Masa: 7.45 malam
Tempat: Dewan Kuliah 1, COIT
Harap maklum. Sekian.
(Mohammad Hakim Khatib Bin Saadon)
PENGARAH,
JAWATANKUASA
MUKTAMAR SANAWI KALI KE-11

Tiada ulasan:
Catat Ulasan