Selasa, 14 Julai 2009

Sabar hakim..Sabar...

Kini sudah masuk minggu kedua semester pertama sesi pengajian 2009-2010. Tahun ini tahu akhir pengajianku. Sekejap sahaja masa berlalu,baruku tahu begitu berharga sekali masa. Masa itu lebih berharga daripada emas,menurut kata-kata yang ku sendiri kepada sahabatku dari Syria tengah hari tadi, Marwan nama beliau.

Dalam tempoh empat tahun usiaku berada di Uniten, dapat daku rasakan erti sebenar sebuah perjuangan dalam kehidupan ini. Hidup ini bukan untuk bermewah apatah lagi untuk bersenang lenang dengan apa yang kita miliki. Akan tetapi segala benda yang kita miliki pada hari ini serta akan datang hanya pinjaman yang bersifat sementara sahaja. Tiada yang kekal di dunia ini. Manusia hanya bertindak sebagai pemegang amanah untuk menguruskan hak milik Allah dengan sebaik-baiknya. Yang kekal abadi melainkan kehidupan di akhirat kelak.

Kenapa saya bangkitkan perkara ini,sebabnya saya merasa terpanggil untuk meluahkan perasaan yang tersimpan dari dahulu lagi lebih-lebih lagi setelah melalui minggu induksi fasi & minggu orientasi pelajar baru 2009-2010. Di situ lah saya dapat merasakan maksud sebuah perjuangan. Segala rintangan,cabaran serta dugaan mesti ditempuh jua walaupun dalam keadaan kita membencinya.

Dan kini, perjuangan tersebut diteruskan iaitu untuk menegakkan kehidupan yang mengikut fitrah insane, bukannya sifat kebinatangan. Akan tetapi dalam menegakkan perjuangan tersebut, muncul pula rintangan yang menjadi duri dalam daging sejak sekian lama. Kalau diikutkan rasa amarah ini, memang ingin daku meluahkannya dengan apa cara sekalipun. Dalam pada hendak menyebarkan risalah kebenaran, muncul pula segolongan manusia yang ingin bersaing dengan cara yang tidak sihat. Apa makna semua ini?

Namun, bagi diriku, Allah tetap bersama dengan hamba-hambanya yang beriman dan bersabar. Pesanku kepada semua sahabat seperjuanganku dan sahabat-sahabat yang lain, jangan terpesona dengan nikmat dunia seperti wang yang banyak, jawatan serta kedudukan dan kuasa. Kalau itu yang menjadi matlamat kita, maka kita akan mendapatnya tetapi hanya di dunia sahaja. Beringatlah!!

Tiada ulasan: