Mesti ada di antara kita pernah dengar ungkapan begini,”Skemalah engkau ini”. Sama ada ungkapan tersebut datang daripada lidah kita sendiri, atau ianya datang daripada lidah orang lain lalu menerjah masuk ke telinga kita. Namun begitu, adakah ungkapan tersebut menpunyai definisi yang jelas ataupun sekadar persepsi orang ramai semata-mata?
Kalau kita sedar, kadang-kadang istilah ‘skema’ ini ditujukan kepada orang yang kemas pemakaiannya dan penampilannya. Bila seseorang itu berkemeja, berseluar slack dan tuck in maka orang tersebut digelar skema. Tetapi ada juga dalam hal lain, orang yang bahasa pertuturannya berbentuk ‘bahasa buku teks’ turut mendapat panggilan skema. Turut tidak terlepas juga bagi mereka yang kebiasaannya jenis mengikut peraturan di sekeliling mereka yang telah ditetapkan untuk mendapat gelaran skema.
Berdasarkan kepada situasi ini, saya boleh katakan bahawa istilah ‘skema’ itu sendiri sebenarnya satu persepsi sahaja, ianya bergantung kepada individu masing-masing. Tidak teikat pada maksud yang sama kerana setiap orang yang mengungkapkannya memahami maksud yang berbeza-beza. Tidak kesah apa-apa pun maksudnya, adakah kita termasuk dalam golongan skema? Hehe.
(nota kaki: Sekadar lontaran minda untuk berfikir sahaja, tiada apa-apa perkara penting sangat pun daripada di atas.)

2 ulasan:
salam ziarah dari egypt. Kuat juga persatuan di sana. Moga istiqamah dalam setiap langkah kebaikan. Hadiah untuk saudara dari perantauan
Muhasabah Cinta
Catat Ulasan