Sabtu, 14 Mac 2009

Muktamar Sanawi Kali ke-7 PPI UNITEN kampus Muadzam Shah, Pahang

Pada 13 Mac 2009, wakil daripada saf pimpinan PPI UNITEN kampus Putrajaya telah menghadiri muktamar sanawi ke-7 PPI UNITEN peringkat kampus Muadzam Shah atas jemputan presiden PPI UNITEN kampus Muadzam sendiri. Namun begitu, hanya beberapa orang wakil sahaja daripada PPI kampus Putrajaya yang pergi disebabkan oleh informasi tentangnya lambat sampai kepada pimpinan PPI kampus Putrajaya terutama sekali dalam kalangan MT. Tambahan pula, kebanyakan pimpinan PPI di kampus Putrajaya sibuk dengan urusan kelab serta hal-hal akademik seperti test, presentation dan pre-registeration subject.

Walaupun kehadiran kami di sana agak lewat, tetapi masih sempat lagi untuk mengikuti muktamar mereka dari awal hingga ke akhir. Muktamar dijalankan di Dewan Ilmu, berdekatan dengan Pusat Islam Ibnu Khaldun. Kami sempat berkenalan dengan penasihat baru PPI di Muadzam, iaitu Ustaz Khairul Nizam. Difahamkan bahawa pertukaran ini berlaku disebabkan oleh penasihat PPi yang sedia ada, iaitu Ustazah Noraini masih dalam cuti bersalin.

Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah isi kandungan dalam ucapan dasar presiden, yang mana perkara yang amat ditekankan ialah mengenai aspek keilmuan. Dengan menggunakan tema baru yang bermula dari sesi 2008-2009, iaitu ‘Lestarikan Diri ke Arah Islam Yang Hakiki’, kunci kepada tema ini adalah istiqamah dalam mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Al-Quran dan sunnah rasullullah dijadikan panduan hidup berdasarkan kepada sabda nabi:

“Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selama- lamanya selagi mana kamu berpegang kepadanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku (sunnah rasulullah)”.

Usaha untuk mejadikan Al-Quran dan sunnah rasulullah sebagai panduan hidup hanya akan tercapai dengan cara menuntut ilmu. Dalam surah Al-mujadalah ayat ke 11 Allah berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepadau member lapang dari tempat duduk kamu , maka lapangkanlah seboleh-bolehnya, Supaya Allah melapangkan untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan Allah maha mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.”

Matlamat akhir selepas tercapainya proses keilmuan yang dibina ialah usaha dakwah dapat dilakukan dengan lebih lancar. Usaha dakwah walaupun dengan hanya sepotong ayat mesti disampaikan sama ada kepada muslim mahupun bukan muslim. Saranan daripada Presiden PPI UNITEN kampus Muadzam kepada ahli-ahli PPI ialah supaya banyakkan menghadiri program ilmu terutama sekali majlis ilmu yang kerap dibuat di pusat Islam Ibnu Khaldun.
Dengan pelantikan saudara Syafiq sebagai Presiden baru PPI UNITEN Muadzam diharapkan dapat meneruskan dakwah Islamiyah di bumi UNITEN kampus Muadzam Shah. InsyaAllah.

‘LESTARIKAN DIRI KE ARAH ISLAM YANG HAKIKI’
&
‘DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU ISLAM DITEGAK’

Tiada ulasan: