Khamis, 19 Februari 2009

TAHNIAH PPI! KUTIPAN DERMA SAVE GAZA@PPIUNITEN, RM 5662.00

Booth SAVE GAZA Persatuan Pengajian Islam Universiti Tenaga Nasional (SAVE GAZA@PPI UNITEN) yang dibuka dari tarikh 16-18 Januari 2009 lalu dan dipanjangkan lagi ke tarikh 19-22 Januari 2009 telah berjaya mengutip derma sebanyak RM5662.00 hasil daripada sumbangan para pelajar uniten, pensyarah-pensyarah kolej kejuruteraan dan kolej Teknologi Maklumat, staff pengurusan UNITEN dan seluruh warga UNITEN Kampus Putrajaya.

Selain daripada pembukaan booth di COE dan COIT, PPIUNITEN juga telah menjalankan kutipan derma khusus untuk saudara kita yang berada di Palestin dari bilik pensyarah ke bilik pensyarah yang lain, dari pejabat pengurusan ke pejabat unit-unit sokongan UNITEN dan di masjid UNITEN. Disamping itu, hasil kerjasama PPIUNITEN dengan pihak masjid UNITEN satu ‘solat sunat hajat’ sempena serangan tentera Israel Zionis Laknatullah ke atas negara Palestin dan rakyat jelatanya telah berlangsung dengan jaya pada selepas solat isyak malam jumaat, 15 Januari 2009. Aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan sepanjang minggu pembukaan booth SAVE GAZA ialah pengedaran risalah-risalah kempen kesedaran tentang isu Palestin, tayangan Video Palestin dan pameran.

Bagi tuan Presiden PPIUNITEN Dzar-Abdullah Bin Amir, beliau melahirkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi dan rasa gembira atas keprihatinan yang tinggi yang ditunjukkan oleh warga UNITEN keseluruhannya terhadap isu Palestin-Israel sehingga menghasilkan jumlah kutipan derma sebanyak RM5662.00. Beliau mengucapkan jutaan ucapan terima kasih kepada semua yang menderma. Tidak ketinggalan, tuan Presiden turut memberi penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh saf pimpinan PPIUNITEN sesi 2008/09 beserta AJK PPIUNITEN 2008/09 kerana komitmen yang telah dipikul dari awal sesi hingga ke saat kempen SAVE GAZA berlangsung dengan jayanya. Sokongan padu daripada pelajar-pelajar UNITEN umumnya dan ahli PPIUNITEN khususnya terhadap segala aktiviti yang dijalankan oleh PPI termasuklah kempen SAVE GAZA amat dihargai. Tuan Presiden juga berkata bahawa PPIUNITEN akan meneruskan kempen seumpama ini secara berterusan pada masa hadapan bagi mencerminkan tahap sensitiviti PPIUNITEN terhadap isu-isu dunia.

Majlis penyerahan hasil kutipan derma
SAVE GAZA@PPIUNITEN kepada wakil AMAN PALESTIN


Hasil kutipan derma untuk rakyat Palestin telah diserahkan kepada wakil AMAN PALESTIN di pejabatnya seksyen 3 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. PPIUNITEN diwakili oleh Setiausaha Agungnya, saudara Hakim Khatib dan Exco Biro Dakwah dan Sebaran Am(DIO), saudara Khairil Faiz serta diiringi oleh mantan Exco Biro Dakwah dan Sebaran Am(DIO) sesi 2006/07, saudara Ameer Hafidz semasa dalam majlis penyerahan hasil kutipan derma kepada wakil AMAN PALESTIN, Ustaz Annas.

“DI MANA BUMI DIPIJAK,DI SITU ISLAM DITEGAK”

Tiada ulasan: