Sabtu, 21 Februari 2009

Dari Minda Presiden PPIUNITEN

Assalamu’ Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh
Salam sejahtera.

Saya mendoakan agar hidup sahabat berada dalam limpah kasih sayang dan inayah Allah SWT.

Kita baru sahaja memasuki separuh masa kedua perjuangan kita untuk semester ini. Kita bakala menyelusri saat paling genting dalam menentukan kejayaan kita mencapai keputusan yang cemerlang untuk semester ini. Kami warga PPI mendoakan yang terbaik untuk sahabat sekalian dengan lafaz بالتوفيق (bittaufiq: selamat berjaya). InsyaAllah

Saya rasa masih tidak terlewat bagi kami untuk mengucapkan ribuan terima kasih buat rakan sekalian yang telah menyumbang kepada tabung “Save Gaza!” Hasil kutipan sebanyak RM5662 berjaya diserahkan kepada pihak AMAN PALESTIN baru-baru ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa sekalian. Semoga dengan sumbangan kalian ini mampu bawa perubahan besar buat bumi suci Palestin.Amin.

Mungkin sedikit info dari kami, InsyaAllah pihak PPI akan menganjurkan program SERIKANDI 09 pada 3-7 Mac ini. Kita akan adakan lawatan, pertandingan, pameran dan bermacam lagi. Untuk maklumat lanjut, sahabat-sahabat dijemput untuk melayari http://serikandiuniten.blogspot.com. Kami berbesar hati jika sahabat-sahabat dapat menjemput sahabat lain untuk turuk sertai program yang sangat bermanfaat ini.

Sebelum saya akhiri nukilan saya ini, saya mendoakan agar sahabat-sahabat sentiasa berada dalam kasih sayang Allah SWT dan bebas dari segala dosa noda. InsyaAllah mari kita sama-sama tingkatkan amal kita secepat mungkin sebelum terlewat.

Wassalam wbt.

Dzar-Abdullah Bin Amir
Presiden Persatuan Pengajian Islam UNITEN
(PPIUNITEN)

Khamis, 19 Februari 2009

TAHNIAH PPI! KUTIPAN DERMA SAVE GAZA@PPIUNITEN, RM 5662.00

Booth SAVE GAZA Persatuan Pengajian Islam Universiti Tenaga Nasional (SAVE GAZA@PPI UNITEN) yang dibuka dari tarikh 16-18 Januari 2009 lalu dan dipanjangkan lagi ke tarikh 19-22 Januari 2009 telah berjaya mengutip derma sebanyak RM5662.00 hasil daripada sumbangan para pelajar uniten, pensyarah-pensyarah kolej kejuruteraan dan kolej Teknologi Maklumat, staff pengurusan UNITEN dan seluruh warga UNITEN Kampus Putrajaya.

Selain daripada pembukaan booth di COE dan COIT, PPIUNITEN juga telah menjalankan kutipan derma khusus untuk saudara kita yang berada di Palestin dari bilik pensyarah ke bilik pensyarah yang lain, dari pejabat pengurusan ke pejabat unit-unit sokongan UNITEN dan di masjid UNITEN. Disamping itu, hasil kerjasama PPIUNITEN dengan pihak masjid UNITEN satu ‘solat sunat hajat’ sempena serangan tentera Israel Zionis Laknatullah ke atas negara Palestin dan rakyat jelatanya telah berlangsung dengan jaya pada selepas solat isyak malam jumaat, 15 Januari 2009. Aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan sepanjang minggu pembukaan booth SAVE GAZA ialah pengedaran risalah-risalah kempen kesedaran tentang isu Palestin, tayangan Video Palestin dan pameran.

Bagi tuan Presiden PPIUNITEN Dzar-Abdullah Bin Amir, beliau melahirkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi dan rasa gembira atas keprihatinan yang tinggi yang ditunjukkan oleh warga UNITEN keseluruhannya terhadap isu Palestin-Israel sehingga menghasilkan jumlah kutipan derma sebanyak RM5662.00. Beliau mengucapkan jutaan ucapan terima kasih kepada semua yang menderma. Tidak ketinggalan, tuan Presiden turut memberi penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh saf pimpinan PPIUNITEN sesi 2008/09 beserta AJK PPIUNITEN 2008/09 kerana komitmen yang telah dipikul dari awal sesi hingga ke saat kempen SAVE GAZA berlangsung dengan jayanya. Sokongan padu daripada pelajar-pelajar UNITEN umumnya dan ahli PPIUNITEN khususnya terhadap segala aktiviti yang dijalankan oleh PPI termasuklah kempen SAVE GAZA amat dihargai. Tuan Presiden juga berkata bahawa PPIUNITEN akan meneruskan kempen seumpama ini secara berterusan pada masa hadapan bagi mencerminkan tahap sensitiviti PPIUNITEN terhadap isu-isu dunia.

Majlis penyerahan hasil kutipan derma
SAVE GAZA@PPIUNITEN kepada wakil AMAN PALESTIN


Hasil kutipan derma untuk rakyat Palestin telah diserahkan kepada wakil AMAN PALESTIN di pejabatnya seksyen 3 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. PPIUNITEN diwakili oleh Setiausaha Agungnya, saudara Hakim Khatib dan Exco Biro Dakwah dan Sebaran Am(DIO), saudara Khairil Faiz serta diiringi oleh mantan Exco Biro Dakwah dan Sebaran Am(DIO) sesi 2006/07, saudara Ameer Hafidz semasa dalam majlis penyerahan hasil kutipan derma kepada wakil AMAN PALESTIN, Ustaz Annas.

“DI MANA BUMI DIPIJAK,DI SITU ISLAM DITEGAK”

Rabu, 18 Februari 2009

Kerjasama Strategik PPI dan Bahagian Keselamatan UNITEN: Kempen ‘Dari Hati Ke Hati’

Satu kempen anjuran bersama antara biro Tarbiyah dan Kepimpinan(TNK) dan biro Dakwah dan Sebaran Am(DIO) dengan kerjasama Bahagian Keselamatan UNITEN telah dijalankan pada 13 dan 14 Februari 2009 lalu. Kempen yang dinamakan sebagai ‘Dari Hati Ke Hati’ dilakukan sekitar kawasan Uniten, bermula dari jam 9.30malam hingga ke lewat malam. Objektif utama kempen tersebut dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan sasaran akan keburukan sambutan Hari Valentine.

Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat barat pada 14 Februari merupakan sebuah tarikh keramat bagi pasangan kekasih untuk melafazkan rasa cinta, kasih, dan sayang mereka kepada kekasih mereka. Namun begitu, perayaan Hari Valentine telah menjadi ikutan oleh terutamanya dari kalangan remaja kesan daripada kemasukan pelbagai gaya hidup barat ke dunia Islam. Bertukar-tukar hadiah dan tanda hati sempena Valentine, semarak warna pink, ucapan rasa kasih sayang, ungkapan cinta dengan berbagai ekspresinya, menyemarakkan suasana Valentine setiap tahun, bahkan di kalangan remaja muslim sekali pun.


Malangnya, budaya yang dibawa oleh barat ini tidak mempunyai sedikitpun kesinambungan dengan budaya Melayu yang halus dan hukum-hukum Islam yang suci. ‘Hari Kekasih’ yang dibawa oleh orang-orang Barat tanpa disedari telah melekakan dan merosakkan akhlak masyarakat Islam, kerana senario menyambut ‘Hari Kekasih’ telah menular hampir segenap kalangan remaja Islam. Lebih membimbangkan lagi ianya bukan sahaja berlegar pada perkara seperti berutus-utus kad ucapan dan hadiah atau meraikannya di kelab-kelab disko, tetapi adanya segelintir remaja yang sanggup menghadiahkan kehormatan diri demi membuktikan kesetiaan. Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.


Menurut pengarah jawatankuasa kempen ‘Dari Hati Ke Hati’, saudara Wan Baihaqi Bin Wan Abd Rahman pihak Persatuan Pengajian Islam UNITEN (PPIUNITEN) amat menyedari hakikat ini dan kepentingan untuk menegah kemungkaran yang berlaku sempena Hari Valentine ini sejajar dengan visi PPIUNITEN iaitu menyebar luaskan kefahaman Islam kepada seluruh warga UNITEN. Maka kempen bergerak di sekitar UNITEN seperti ini yang dirancang sekian lama akhirnya telah berjaya diadakan bagi memberi kesedaran kepada umat Islam UNITEN supaya tidak terikut-ikut dengan budaya kuning yang dibawa oleh barat ini. Wakil dari bahagian Keselamatan UNITEN, Tuan Ismail juga menghargai usaha PPI kerana sudi untuk menjemput pihaknya untuk turut sama terlibat dalam aktiviti kempen yang dianjurkan oleh pihak PPIUNITEN. Tambah beliau, disamping pihaknya dapat membantu PPIUNITEN dalam menjalankan kerja-kerja Islam mereka juga berbesar hati kerana pihak PPIUNITEN secara tidak langsung telah membantu pihak Keselamatan dalam menjaga keamanan kawasan UNITEN. Ini membuktikan bahawa PPIUNITEN telah terkehadapan dalam isu-isu yang melibatkan kesedaran tentang masyarakat dan sosial khususnya di dalam UNITEN. Pihak beliau turut memberikan respon positif dengan mengalu-alukan sebarang kerjasama dari PPIUNITEN pada masa akan datang.


Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah pengedaran risalah kepada seluruh warga UNITEN di sekitar kawasan UNITEN. Pada masa yang sama juga, kata-kata berbentuk nasihat turut disebarkan kepada pelajar-pelajar UNITEN yang berada di kawasan tebuka seperti di UPTEN, tasik, perhentian bas Kelompok Ilmu dan lain-lain tempat. Kempen ini juga merupakan antara kerja ‘Amar Makruf Nahi’ yang dilakukan oleh pihak PPIUNITEN selain daripada kerja-kerja dakwah yang berkala. Bersesuaian dengan motto yang dipegang oleh PPIUNITEN, iaitu ‘DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU ISLAM DITEGAK’.

[SUMBER DARI, http://www.ppiunite
n.com/v1/index.php?option=com_content&view=frontpage&Itemid=1
]