Khamis, 16 Oktober 2008

Pre-Final exam(pra-peperiksaan akhir semester)

Tinggal lagi seminggu lebih peperiksaan akhir bakal menjelang. Setelah puas bergelumang dengan test, assignment dan presentation kini saya sudah boleh merancang untuk peperiksaan akhir pula. Walaupun masih ada lagi beberapa task yang masih belum selesai lagi, namun saya berasa agak lega kerana banyak bebanan akademik sudah berkurangan.
Bahang syawal masih lagi teras.

Open-house di sana sini, semua orang bagaikan berlumba-lumba untuk membuat amal dengan memberi jamuan kepada jiran-jiran dan sanak saudara. Ini merupakan satu perkembangan positif yang mana bagi saya ia sebagai permulaan kepada sesuatu perkara amal lebih besar yang hendak dilakukan. Semoga sifat mahmudah seperti suka menderma dan bersyukur dapat dipupuk dalam diri setiap muslim.InsyaAllah.

Kini setelah berada di tahun ketiga, fokus saya sudah lebih kepada dunia luar kampus iaitu mengenai alam pekerjaan. Sememangkan dari sekarang inilah kami sudah tahu bidang apa yang hendak diceburi selepas tamat pengajian kelak.Kepada sahabat-sahabat, selamat menduduki peperiksaan akhir dan selamat maju jaya.Kepada adik-adik foundation,selamat bercuti dan jangan abaikan proses pembelajaran sewaktu cuti nanti. Cuba untuk membaca bahan bacaan ilmu selain daripada subjek di universiti.

Tiada ulasan: