Kebanyakan IPTA di negara ini sudah memulakan kempen pilihan raya kampus masing-msing bagi memilih perwakilan yang bakal mewakili kelompok mahasiswa, iaitu Majlis Perwakilan Pelajar(MPP). Namun begitu, pilihan raya kampus bagi kebanyakan IPT tidak berlaku dengan serentak. Sebagai contoh UNITEN, pilihan raya pemilihan MPP berlaku lebih awal iaitu sebelum cuti raya aidilfitri atas faktor-faktor tertentu.
Di sini saya berhasrat untuk berkongsi cerita mengenai PRK di IPT lain dengan sahabat sekalian, iaitu mengenai system yang diamalkan mereka. Sekiranya di UNITEN sistem pengundian dijalankan secara normal dengan mengundi pada kertas dan membuang undian di bangunan kuliah, berbeza pula keadaannya yang berlaku di IPT lain khususnya IPTA kerana mereka menggunakan system e-voting secara online di kolej kediaman masing-masing. Mungkin dari satu sudut nampak seperti system e-voting ini memberi kemudahan kepada para pelajar untuk mengundi,namun sebenarnya ia memberi banyak kesan buruk jika dibanding manfaat yang boleh diambil. Sebabnya, pengundian secara membuang undi di pusat mengundi lebih terjamin jumlah undian. Proses pengiraan undian akan berjalan lebih telus kerana penipuan kiraan undi boleh dielakkan. Sebaliknya bagi pengundiaan secara e-voting boleh menyebabkan penipuan berlaku kerana tiada saksi di kalangan semua wakil calon-calon bertanding. Hal ini disebabkan oleh proses pengundian yang dilakukan secara online hanya melalui medium komputer dan internet(intranet). Tambahan pula tiada saksi daripada kalangan pelajar semasa proses pengiraan undi lalu menyebabkan manipulasi undi dikhuatiri boleh berlaku kerana system pengundian tersebut dikawal sepenuhnya oleh pihak university, dan sudah pasti pihak universiti mahukan calon yang ‘senada’ dengan mereka dalam semua perkara berkaitan dengan universiti untuk diangkat menjadi wakil MPP.
Kempen yang dijalankan oleh calon-calon bertanding dalam PRK di IPTA lebih hebat dan meriah jika dibandingkan dengan UNITEN. Pada pendapat saya, faktor kematangan sesebuah universiti yang menentukan suasana sesebuah unversiti. Walaupun pencapaian dan imej UNITEN baik di peringkat Negara mahupun persada dunia amat membanggakan, namun banyak perkara lagi yang UNITEN belum mampu untuk menandingi kebanyakan IPTA khususnya IPTA lama seperti UM,UPM dan UKM. Tahap pemikiran dan kesedaran mahasiswa UNITEN tentang perkara yang berlaku di kampus dan luar kampus masih belum mampu mencapai standard IPTA. Penilaian ini hanyalah secara umum sahaja tetapi sebenarnya UNITEN ada melahirkan graduan yang berkualiti tinggi Cuma dalam kuantiti yang amat sedikit.
Walau bagaimanapun saya tetap optimis bahawa UNITEN akan matang juga suatu hari nanti sebagaimana tahap kematangan yang telah dicapai oleh IPTA seperti UM, UKM dan UPM. Mahasiswa UNITEN perlu ubah cara mereka daripada ‘study-oriented’ kepada ‘real life society’. Buku,kuliah dan CGPA bukanlah penentuan segalanya dalam hidup ini, walaupun ianya amat penting kepada kita tetapi luaskan pandangan hidup. Realitinya kita manusia tidak akan selamanya mampu untuk hidup secara sendirian, tetapi kita memerlukan kepada kehidupan bermasyarakat. Renung-renungkan…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan