Ahad, 20 Julai 2008

Tekankan kembali aspek akhlak dan rohani

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana PC ku telah boleh diguna semula atas bantuan beberapa orang rakan antaranya Miezi hantugaz, abang Fakhrul dan Faqih. Terus terang saya akui bahawa saya ini bukanlah tergolong dalam computer expertice, yang saya tahu hanya surfing internet, menaip dan lain-lain kerja yang asas. Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabatku atas bantuan yang tidak mungkin dapatku balas. Mungkinkah dengan kembalinya semula PC ke pangkuan saya merupakan simbolik untuk saya meneruskan tanggungjawab yang telah sekian lama tertangguh?

Sebenarnya saya rindu untuk menulis di blog selama mana PC saya rosak. Student engineering menjadi penulis? Hairankan. Tapi itulah manusia makhluk ciptaan Allah yang cukup unik dan istimewa kejadiannya. Walaupun rambut sama hitam tapi bervariasi. Mungkin minat saya menulis ini menurun dari ibu saya yang juga merupakan pakar rujukan bahasa utama bagi keluarga saya. Menurut mak saya, beliau amat menyukai subjek bahasa baik BM mahupun BI. Tambahan pula,ibu saya mengambil jurusan sastera sewaktu beliau menduduki MCE(kini dikenali sebagai SPM) dan HSE(kini dikenali sebagai STPM). Malahan mak saya merupakan seorang pendebat dan pernah bergelar johan suatu waktu dahulu. Bak kata pepatah melayu, ‘bagaimana bentuk kuih itulah acuannya’. Begitu hebatnya kuasa Allah yang menjadikan manusia terdiri daripada laki-laki dan perempuan dan berbagai-bagai bangsa, sewajarnya hikmah tersebut menjadikan manusia lebih banyak berfikir tentang nikmat yang telah dikurniakan-Nya.

Tiba-tiba sahaja saya merasakan bebanan yang terlalu besar datang secara tiba-tiba padahal sebelum saya sentiasa tenang. Walau bagaimanapun hati saya berasa lebih tenang pada masa sekarang jika dibandingkan pada masa lampau. Mungkin apa yang saya buat kini lebih barakah daripada masa silam, iaitu melaksana perkara-perkara yang diredhai oleh Allah. Saya yakin setiap orang pasti akan merasai pada suatu saat yang mana diri mereka serba tidak kena. Dan seterusnya mereka akan bertindak untuk meleraikan belenggu tersebut daripada mengganggu diri sendiri. Saya juga pernah melalui keadaan tersebut dan atas alasan tersebutlah saya masih terus menjadi fasi buat kai kedua.

Pelajar-pelajar yang mendaftar masuk belajar di Uniten khususnya pelajar Foundation boleh diibaratkan seperti kain putih yang bersih. Jika kain tersebut dicorakkan dengan warna yang cantik, cantiklah kain tersebut. Jika kain tersebut dicorakkan dengan warna yang buruk, rosaklah masa depan mereka. Menurut pemerhatian saya, ramai pelajar uniten ‘sesat’ dalam perjalanan hidup mencari jati diri berpunca daripada banyak sebab. Salah satu daripadanya ialah faktor fasilitator yang membimbing mereka. Sudah tiba masanya untuk Uniten melakukan perubahan, iaitu menekankan aspek akhlak beserta rohani dalam pembelajaran dan pergaulan. Usah hanya bermain politik unuk menegakkan kepentingan masing-masing terutama sekali bagi orang atasan Uniten. Sememangnya pada usia 18-21 tahun merupakan titik penentuan hala tuju bagi setiap orang sama ada untuk bergerak pada jalan yang lurus atau sebaliknya.

Tiada ulasan: