Ahad, 13 Julai 2008

Semester Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan pengunjung laman blog bentara-khateeb. Sekalung ucapan terima kasih atas sokongan kalian semua kerana menyokong usaha saya secara tidak langsung, iaitu dengan membaca segala apa yang saya nukilkan melalui laman blog ini. Tanpa para pembaca siapalah penulis yang seorang ini, iaitu diri saya ini. Walaupun terdapat banyak kekurangan pada siri penulisan saya, ditambah pula masa yang diambil untuk menghantar ‘posting’ baru terlalu lama. Sememangnya saya perlu lebih menitikberatkan kualiti pada hasil tulisan saya pada masa hadapan melalui pembacaan yang lebih kerap dan pemahaman yang lebih jitu daripada setiap lmu yang saya timba dari pelbagai sumber. InsyaAllah saya akan berusaha dengan lebih kerap lagi dengan sokongan yang tidak terhingga daripada rakan-rakan semua.

Saya pasti ramai yang tertanya-tanya ke manakah menghilangnya diri saya ini selama hampir sebulan. Untuk pengetahuan rakan-rakan, selama dua minggu iaitu dari minggu terakhir bulan jun hingga ke minggu pertama bulan julai saya telah ‘bertapa’ di Uniten tanpa ke mana-mana kerana dalam tempoh tersebut saya bersama rakan-rakan fasilitator yang lain telah menjalani latihan sebagai fasilitator orientasi sesi Julai 2008 dan seterusnya menjadi pembimbing kepada adik-adik baru Uniten. Dalam tempoh tersebut juga saya boleh dikatakan hilang hubungan dengan dunia luar kerana tiada akhbar cetak mahupun elektronik untuk dijadikan sumber berita semasa sambil hanya mengharapkan info-info semasa daripada rakan-rakan fasilitator. Tambahan pula cpu komputer saya ada masalah seterusnya menyukarkan usaha saya untuk berhubung secara langsung dengan ‘dunia maya siber’ internet.

Semester baru, azam baru. Usaha yang telah berjalan dari dahulu lagi mesti diteruskan dengan lebih hebat lagi. Yang penting setiap perbuatan, lisan dan niat kita mestilah disandarkan kepada Allah. Kerana Dia-lah kuasa tertinggi kepada sekalian makhluk dan alam. Segala perancangan kita akan ditentukan oleh perancangan-Nya yang lebih hebat. Tawakal merupakan langkah terakhir yang mesti diambil setelah segala perancangan telah diusahakan. InsyaAllah.

Tiada ulasan: