Ahad, 20 Julai 2008

6 Golongan manusia yang masuk ke dalam neraka dengan 6 sebab

Semalam saya bersama-sama dengan Taufiq telah berkesempatan untuk pergi ke majlis ilmu di surau An-Nur, seksyen 1 Bandar Baru Bangi. Majlis tersebut merupakan rutin harian bagi penduduk sekitar surau tersebut antara waktu maghrib dan isyak. Antara perkara yang dibincangkan dalam majlis tersebut ialah:

  1. Orang Arab yang mengamalkan assabiyah, iaitu fanatik dengan semangat suku kaum masing-masing.
  2. Pemerintah-pemerintah yang menjalankan urusan pemerintahan Negara dengan zalim serta menindas rakyat jelata.
  3. Ketua-ketua( dalam kontek zaman sekarang ialah pegawai atasan dalam sesuatu jabatan dan organisasi) yang sombong.
  4. Golongan peniaga yang menipu dalam urusan jual beli dan berlaku khianat kepada orang lain dalam perniagaan.
  5. Penduduk kampung yang jahil serta tidak mahu berusaha untuk menuntut ilmu dan berpegang teguh dengan ilmunya yang cetek.
  6. Para ulama’ yang mempunyai sifat dengki dalam hatinya.

1 ulasan:

wani berkata...

incik akem,anda tlh di tag..sila ke blOg sy..jwb sOklan2 tu..kih3.. ~tu pOn klu rajin..klu mls,sila wt xtau~ kui3..~