Setelah hampir tiga minggu saya tidak menulis di laman blog ini disebabkan oleh kekangan masa dan kepadatan jadual waktu aktiviti harian saya sendiri. Kepada semua rakan-rakan,ribuan kemaafan dipohon kerana tidak mengaktifkan diri di ruang maya(internet) sama ada FRIENDSTER, YM, bentara-khateeb.blogspot.com mahupun YAHOOGROUP PPI. Kelelahan akibat kepenatan yang dialami dari hari ke hari bagaikan membuat saya lupa seketika pada keadaan sekeliling saya. Lebih parah lagi, tarikh kelahiran saya sendiri yang jatuh pada 7 JUN lalu turut tidak dirasai sangat kehadirannya.
Bagi semua rakyat
Alangkah indahnya keadaan ini bila difikir dan direnungkan kerana pada saat itulah merupakan permulaan kasih sayang yang dicurahkan dengan sepenuh hati oleh seluruh isi keluarganya terutama sekali kasih sayang itu datang dari seorang ibu kepada bayi tersebut. Sentuhan belaian seorang ibu lebih membahagiakan daripada henjutan buaian bayi. Dakapan ibu lebih selesa daripada berada di katil yang berbilikan penghawa dingin. Bayi yang lahir ke dunia ini diibaratkan seperti sehelai kain putih yang bersih. Ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan mereka sama ada menjadi nasrani,majusi, yahudi ataupun islam. Nama anak saudara saya belum lagi diberi. Nampaknya terpaksalah saya menunggu sehingga hari Aqiqah kelak.
Terima kasih buat semua rakan-rakan yang mengingati hari lahir saya tidak kira sama ada yang meng’wish’ ataupun tidak. Semoga dengan usia yang saya telah lalui ini tidak akan disia-siakan untuk masa hadapan. Masa mudalah penentu kepada masa depan yang lebih gemilang, bukan untuk diri sendiri sahaja malahan untuk keluarga dan lain-lain. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan