Sabtu, 13 Mac 2010

Harga penginapan UNITEN naik semula selepas lima tahun

Sejarah penurunan yuran penginapan
Yuran penginapan di UNITEN naik lagi sejak kali terakhir diturunkan, iaitu pada tahun 2005. Pada ketika ia diturunkan, MPPUNITEN sesi 2004-05 yang diketuai oleh saudara Presiden Fairuz A. Gani dan Timbalan Presiden 1 Akmal Rizal Bin Hassan telah sedaya upaya berjuang untuk membela kebajikan pelajar UNITEN. Hal ini menjadikan diri mereka dan barisan MPP sesi 2004-05 sentiasa dikenang sebagai MPP paling gemilang dalam sejarah UNITEN.

Seingat saya, ketika saya mendapat mendapat surat tawaran daripada UNITEN, jumlah yuran penginapan yang tercatat dalam senarai bayaran ialah RM200(single sharing/sebulan). Pada pendaftaran sesi 2005-06, selepas mendaftar jumlah bayaran yang dinyatakan dalam invois ialah RM170/sebulan. Ini bukti menunjukkan bahawa tidak mustahil suatu masa nanti harga apartment di UNITEN akan turun sekali lagi.

Kenapa yuran naik semula?
Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, alasan utama yang diberi oleh pihak pengurusan UNITEN ialah UNITEN menanggung kerugian sejak sekian lama. Punca kerugian ini antaranya datang daripada pembaziran penggunaan elektrik oleh pelajar yang mendiami kelompok-kelompok. Selain itu, pihak UNITEN juga terpaksa membayar sewa tanah kepada pihak TNB. Dengan menaikkan yuran penginapan sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerugian yang ditanggung universiti.

Salah siapa Yuran naik?
Setelah diteliti sebab-sebab kenapa yuran naik, maka saya berpandangan bahawa puncanya bukan datang dari pelajar semata-mata. Ia berbalik kepada pihak TNB yang menjadi syarikat induk kepada UNITEN. Apa sasaran TNB ke atas UNITEN? Jika keuntungan, maka contohilah Multimedia Universiti (MMU). Peluang belajar di MMU dibuka seluas-luasnya khususnya kepada pelajar asing kerana yurannya mahal. Jika ingin mencontohi Universiti Teknologi Petronas (UTP), maka ubahlah dasar UNITEN sebagai tanggungjawab social oleh pihak TNB. Jika tidak mampu mengikut kedua-dua contoh universiti ini, maka carilah jalan lain iaitu dengan melepaskan UNITEN dari pangkuan TNB.

Kedua, pembaziran bukan sahaja datang daripada pelajar tetapi juga dari warga bukan pelajar UNITEN sendiri. Berapa banyak wang UNITEN yang dibazirkan pada palang automatic keselamatan di dua pintu masuk UNITEN? Dalam masa setahun selepas dipasang, palang tersebut hanya jadi projek gajah putih akibat rosak. Kini palang tersebut tidak berfungsi mungkin kerana kos membaikinya tidak mampu ditanggung oleh pihak university. Belum dikira pada perbelanjaan di setiap pusat-pusat, kolej, unit-unit di bawah TNC HEPAP lagi. Malah, pembukaan kampus Muadzam Shah, Pahang turut mengundang persoalan kerana jumlah pelajar di sana sedikit jika dibandingkan dengan perbelanjaan yang digunakan. Mengapa tidak dibuat kajian tentang kewajaran menjadikan UNITEN sebagai satu kampus sahaja? Perkara ini terpulang kepada pihak UNITEN dan TNB.

Seterusnya, timbul pula pertanyaan mengenai bagaimana peranan unit yang menjaga urusan menjana pendapatan UNITEN? Bagaimana dengan UNITEN BUSINESS CENTRE di sebelah foodcourt? Kenapa tidak dijadikan ianya sebagai punca yang menyumbang besar kepada pendapatan UNITEN? Tiadakah sebarang pelaburan yang dilakukan oleh UNITEN untuk memberi pulangan besar kepada universiti? Mungkin ada, tetapi usaha untuk mencari peluang ini terhad kerana factor-faktor tertentu. Maka, persoalan yang timbul memerlukan ianya kembali semula kepada dasar UNITEN dan dasar TNB ke atas UNITEN.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..
sepanjang blajar kat uniten,ini kali ke-3 yuran nk dinaikkan. mujur dah final sem dah.

1st masuk dulu 04/05,yuran utk aptmnt sharing rm165 n single rm235.

n then,naik lg..
sharing rm180 n single rm245.

pastu,skrng nk naik lagi..
mm...
itu apmnt utk siswi.. xtau la kalau apmnt urk siswa,harganye len pulak..

sekadar b'kongsi info..

biasala uniten.. xdpt nk naik harga subjek,naik harga apmnt..
pasni,ntah2 harga subjek plak naik.

-k.mut-

KHATEEB berkata...

terima kasih atas penambahan info kak mut...

sebagai mahasiswa,bukan isu kenaikan harga apartment sahaja yang dikisahkan..tetapi bagaimana cara urus tadbir oleh orang-orang atasan...

jika orang kata mahasiswa uniten hanya bersifat pentingkan diri sendiri, saya ingin bertanya kenapa UNITEN diwujudkan? Kenapa dibina kampus, iaitu ada penempatan pelajar di kwsn belajar? Kenapa dibina bersama-sama sekali ialah kemudahan seperti stadium, perpustakaan, makmal komputer dan lain-lain? Jika kesemua perkara yang disebut ini menambah kerugian kepada uniten, maka tidak perlu diwujudkan UNITEN kampus Putrajaya langsung!

Perkara kedua, apa status UNITEN? sebagai sebahagian tanggunjawab sosial TNB atau sumber pendapatan TNB?

Tepuk dada tanya iman!

p/s: kak, RM165 atau RM170? saya rasa RM170 jer..

Tanpa Nama berkata...

Salam

Perkembangan yang memberangsangkan jika dilihat dari sudut positif adalah BANTAHAN pelajar-pelajar terhadap kenaikan yuran penempatan. Ini menunjukkan sekurang-kurangnya mahasiswa uniten tidaklah bersikap "pak turut" yang gagal menonjolkan tahap intelektual yang tinggi. Mahasiswa uniten memaparkan reaksi yang kurang selesa terhadap kenaikan yuran penempatan berkemungkinan besar berperanan menjadikan ianya sebagai "batu loncatan" ke arah "kemahasiswaan" yang sebenar.

Ayuh Mahasiswa! Usah bermimpi lagi. Ini perjuangan di antara PEMILIK dan PERAMPAS. Kebenaran pasti memihak kepada yang berhak.


- SYAMIL SHAKIR -

Tanpa Nama berkata...

huhu...akak x reti r nk menjawab persoalan awk tu..=)

tp,ape2 pun mahasiswa/i sepatutnye lebih berfikiran t'buka dan jgn ambik remeh akan perkara ni..


p/s: yup.time akak rm165. xtau r time awk masuk,naik rm5..huu

-k.mut-