Senario politik Malaysia semakin hari semakin hangat suasananya berbanding dahulu. Jika kita soroti perkembangan politik di Malaysia, pelbagai isu serta peristiwa dipolemikkan sehingga ianya dijadikan bahan perbincangan oleh masyarakat umum. Setakat ini, peristiwa penting yang berlaku secara berkala ialah pilihan raya kecil. Iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit selambau, DUN Batang AI,DUN Penanti, DUN Manek urai, DUN Bagan Pinang. Kemungkinan besar satu lagi pilihan raya kecil akan berlaku dalam masa terdekat, iaitu di DUN Kota Siputeh,Kedah. Hal ini kerana penyandang kerusi DUN tersebut, Abu Hassan Sarif dari BN telah diisytiharkan hilang keanggotaan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail setelah beliau dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lepas.
Mengikut seksyen 51 Perlembagaan Negeri Kedah memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut akan hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang. Walaupun SPR menolak pengistiharan oleh Speaker DUN Kedah tersebut, namun keputusan mahkamah tetap memihak kepada Speaker DUN Kedah. Dalam penghakiman tersebut, Hakim Dato’ Alizatul Khair Osman Khairuddin menyebut SPR telah bertindak secara tidak wajar apabila menolak perisytiharan speaker itu. Justeru, pendirian SPR bahawa Abu Hassan masih lagi wakil rakyat bagi DUN Kota Siputeh perlu dibatalkan.
Respon daripada Barisan Nasional berhubung perkara ini dapat disaksikan oleh kenyataan yang telah dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata berdasarkan penjelasan wakil rakyat terbabit, Datuk Abu Hasan Sarif, beliau sakit dan tidak dapat hadir persidangan Dewan Undangan Negeri. Katanya, wakil rakyat itu sakit malah ada resit-resit rasmi perubatan. Lagipun kata Timbalan Presiden UMNO itu, wakil rakyat tersebut hanya tidak hadir pada persidangan yang cuma diadakan sehari sahaja pada penggal tersebut. “Berdasarkan keterangan beliau, tidak perlulah pilihan raya kecil.
Namun suatu yang menghairankan ialah bagaimana alas an sakit boleh dijadikan hujah kerana akhbar Sinar Harian telah memaparkan aktivitinya bersama dengan rakyat di DUN terbabit yang dipaparkan pada hari keesokannya, iaitu hari kedua beliau tidak hadir ke sidang DUN negeri. Adakah alasan tersebut diguna bagi mengelakkan dari berlakunya satu lagi pilihan raya kecil? Hal ini diakui sendiri oleh timbalan perdana Menteri. Tidak sukar untuk pandangan umum menelah sebab-sebab pendirian oleh pihak BN. Berdasarkan keputusan-keputusan pilihan raya kecil lepas sememangnya tidak memihak kepada BN sendiri. Keputusan Parlimen BN tewas kepada PR dengan gred 0-3, manakala DUN pula BN tewas dengan gred 2-3.
Ada pendapat yang mengatakan jika pilihan raya kecil dijalankan, calon yang bakal mewakili BN sudah semestinya ialah ahli Parlimen Jerlun, Dato’ Mukhriz Mahathir memandangkan DUN tersebut berada dalam Parlimen Jerlun. Tambahan pula, persepsi umum menilai beliau sebagai pemimpin UMNO yang masih bersih, tidak seperti majoriti pemimpin UMNO dan BN yang lain.
Namun, BN masih berdolak-dalik dalam menegak benang yang basahnya. Walaupun BN mempertaruhkan Dato’ Mukhriz, BN masih tidak yakin dapat mempertahankan kerusi DUN tersebut. Sebab itu, barangkali, UMNO-BN ingin mengambil jalan selamat dengan tidak mahu pilihan raya kecil diadakan lagi. Sama-samalah kita saksikan perkembangan ini, sama ada slogan ‘BN MENANG KEDAH SENANG’ dapat direalisasikan ataupun tidak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan