Ahad, 10 Ogos 2008

Perubahan persekitaran di Uniten

Sejak kebelakangan ini, pelbagai perubahan yang telah berlaku di sekeliling kita khususnya di dalam kampus kita ini, iaitu Uniten Bangi. Dan biasanya perubahan-perubahan yang berlaku sukar untuk diterima oleh orang disekitarnya disebabkan oleh keadaan tersebut menuntut kita semua untuk membiasakannya. Mungkin di sini saya akan nyatakan contoh-contoh perubahan yang telah berlaku dalam kampus Uniten Bangi sejak kebelakangan ini.

Yang pertama, perubahan nama kampus iaitu dari Bangi kepada Putrajaya. Pada hemat asaya adalah lebih sesuai untuk perkataan ‘Bangi’ diteruskan penggunaannya memandangkan Uniten tidak berada dalam kawasan Putrajaya. Mungkin benar jika ada pendapat mengatakan bahawa Uniten terletak bersebelahan dengan putrajaya, tetapi kenyataan ini kurang tepat kerana Uniten sebenarnya terletak di dalam Daerah Sepang. Bukankah Putrajaya merupakan kawasan Wilayah Persekutuan? Kenapa tidak diletakkan sahaja nama ‘Uniten Kampus Sepang’? Saya rasa semua pihak harus memikirkan tentang hal ini.

Yang kedua, perubahan yang berlaku kelompok kediaman lelaki apartment Cendekiawan.Perubahan yang paling menonjol sekali ialah warna cat yang digunakan untuk mengecat semula bangunan kelompok Cendekiawan dan bangunan disekitarnya. Saya berpendapat warna yang digunakan seakan-akan sama dengan warna bangunan apartment staff bertujuan untuk menyeragamkan warna bangunan yang berada dalam uniten. Selain itu, Kelompok Cendekiawan telah kembali kepada keadaan lima tahun yang lepas(saya kurang pasti tarikh yang sebenar), iaitu menyediakan ‘extra bed’ di dalam setiap rumah lalu menjadi jumlah penghuni sebuah rumah daripada empat kepada lima orang. Di sini menunjukkan bahawa kelemahan terletak pada pihak MPPUNITEN kerana lesu dalam memperjuangkan hak kebajikan Mahasiswa Uniten.

Yang ketiga, perubahan nama Multi Purpose Hall(MPH) kepada Dewan Seri Sarjana pada awal bulan Julai lepas. Saya beranggapan bahawa tindakan ini memberi unsur positif iaitu bagi memartabatkan bahasa kebangsaan kita Bahasa Melayu. Akan tetapi dari sudut pandangan yang berbeza, ianya dianggap sebagai tindakan untuk kepentingan diri sendiri bagi pihak tertentu.

Yang terakhir, perubahan drastik dalam penguatkuasaan undang-undang sedia ada seperti menutup pintu masuk kelompok bagi kesemua kelompok termasuk pintu utama Uniten tepat jam 12 malam. Berbeza pula pada kali keadaan ini, saya amat menyokong penuh tindakan yang ambil pihak Uniten kerana ianya mendatang banyak kebaikan jika hendak dibandingkan dengan keburukan. Tindakan ini adalah demi kebaikan Mahasiswa Uniten kerana kebiasaannya mahasiswa gemar untuk keluar dan kemudian balik hingga lewat malam barangkali ke subuh. Ke mana dan apa yang dilakukan oleh Mahasiswa di luar sana itu semua pihak tidak mengetahui. Sebagai seorang yang berada dalam golongan mahasiswa, saya amat mengetahui sedikit sebanyak gejala sosial yang berlaku dalam kalangan mahasiswa. Tidak perlulah saya memberi contoh gejala buruk yang dilakukan oleh mahasiswa Uniten di luar kampus, tetapi cukuplah dengan apa yang biasa berlaku di dalam kampus seperti ‘berdua-duaan di tasik pada waktu malam’ dan melakukan perbuatan di luar fitrah manusia seperti melakukan hubungan haram antara laki-laki dan perempuan di tempat-tempat tertutup.

Sebagai penutup, saya menyokong apa-apa perkara yang mendatangkan kebaikan kepada Mahasiswa tetapi pada masa yang sama juga menentang sebarang tindakan Uniten yang hanya gah pada perancangan tetapi kabur-kabur pada matlamatnya. Secara terus terang saya tidak memahami tentang agenda sebenar yang hendak dibawa oleh pengurusan Uniten kerana adakalanya mereka bertindak betul tetapi selalunya mereka tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya( ataupun zalim). Setiap perkara yang dilakukan oleh mereka hanya Allah jua yang mengetahuinya. Sehebat mana pun perancangan manusia, tidak akan mempu menandingi perancangan Allah. Salah satu daripada 6 golongan manusia yang masuk ke neraka ialah ketua-ketua yang sombong kerana pada hakikatnya orang yang sombong akan merasa diri sendiri hebat. Perasaan ini timbul daripada hati yang gelap dan kotor disebabkan oleh kurangnya penjagaan hubungan spiritual dengan Allah. Yang mana baik datang dari Allah, manakala yang buruk datang dari Allah juga tetapi disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri.

2 ulasan:

Jihardist® berkata...

Hidup Tuan Khateeb...
Kami bersetuju dgn pendapat
tuan khateeb..

PelangiBonda berkata...

sy pon stuju gak ngan perubahan persekitaran di Uniten tuh.. cme bab yg blk lmbt tuh sy agak xstuju.. bkn sy nk mgglkkan pljr uniten utk wat mende2 x elok.. cme... lbh elok kita pikirkan bab keselamatan.. bygkan ,.. kalo ade plajar u ni yg berkeras gak nk blk lewat,.. kalo diorg stay kt luar sbb xleh msk lam kampus.. tu lg bhy rather than diorg msk kampus lmbt.. nme u ni gak yg akn bruuk sekiranya berlaku sesuatu yg buruk terhadap mereka,,, dan utk kita halang diorg dr masuk sbnrnye xde gune.. if they wnt 2 go out. they can still go out n come back at 5... sme jerk.. bcoz they won't bother bout dat.. cme klo kite nk pikirkan dr sudut positif.. mne lbh baek bg student msk after 12 than msk after 5? in case jd pape between 12-5.. org akn ltkkan kslhn tu pd uniten.. bkn student dlu... pikir2 kanla k... hehe...
papepon sye stuju dgn cdgn yg laen tu la...