Berakhir sudah Kursus pengurusan persatuan a.k.a. K3P( tidak tahu pulak kenapa HEP letak nombor 3 bkn 2) setelah 2 hari berlangsung bermula hari sabtu. Pada hari pertama, prosedur untuk membuat proposal telah diajar kepada para peserta yang rata-ratanya masih muda dalam soal pengurusan kelab.
Saya sudah masuk kali kedua menyertai program ini setelah pertama kalinya pada dua tahun lepas. Bezanya pada dua tahun lepas saya mewakili Silat Gayong Uniten, tetapi kali ini saya mewakili Persatuan Pengajian Islam(PPI)@ Uniten Islamic Studies(UNISS). Mungkin bagi saya penyertaan kali ini sungguh bermakna kerana saya memahami tentang perkara yang dibentangkan pada K3P kerana telah terlibat dengan jawatankuasa program sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Jika dibandingkan dengan pengalaman semasa dua tahun lepas,saya kurang memahaminya kerana pada ketika itu saya masih mentah dan tidak mempunyai apa2 pengalaman mengendalikan sebarang jenis program.
Namun begitu prosedur membuat proposal aktiviti pelajar yang diajar sungguh rumit dan sukar. Saya tidak tahu apa tujuan HEP membuat pembaharuan seperti ini yang mana pada pandangan saya ia amat menyusahkan para pelajar dari semua kelab di Uniten.Walaupun penjelasan tentang membuat proposal terkini dilanjutkan pada slot dialag antara unit2 penting yang memberi perkhidmatan kepada para pelajar Uniten, namun masih banyak persoalan yang bermain di kepala saya. Ketika tempoh masa sesi dialog ini terlalu mencemburui semua wakil2 dari UPP,USK,kewangan dan PPH yang bertindak sebagai panel2, para pelajar masih sarat dengan persoalan yang ingin ditanyakan kepada pihak berkenaan. Namun apa kan daya, PHEP tetap berkuasa dan kehendak para pelajar terhalang disebabkan faktor kesuntukan masa.
Kemudian peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan yang terdiri daripada pelbagai wakil kelab2 di Uniten sebagai persediaan untuk membentuk perbincangan mengenai satu proposal aktiviti pelajar yang ingin dijalankan seperti arahan yang dikeluarkan oleh pihak urusetia K3P. Perbincangan diteruskan pada keesokkan harinya sebelah waktu pagi. Namun kerja-kerja menyiapkan tugasan tersebut tidak sempurna kerana kesuntukan masa yang diberikan untuk menjana idea. Pembentangan terpaksa diteruskan malahan kumpulan saya menjadi pembentang pertama pada tengah hari itu. Nama kelab yang digunakan untuk mewakili kumpulan 3 dalam proposal ini ialah Kelab Integrasi. Bersandarkan kepada tema kemerdekaan, kumpulan saya mencadangkan program 'sanubari kemerdekaan' yang menjadikan forum dan kerja sosial sebagai pengisian dalam aktiviti ini. Begitu banyak pertanyaan datang dari PHEP terutamanya dari UPP tentang prosedur dalam proposal ini. Memang sudah menjadi kebiasaan bagi kumpulan yang pertama membentang akan menerima banyak soalan.
Dari sesi ini, tanggapan umum para pelajar Uniten terutamanya kelab2 Uniten terhadap PHEP baru memang makin jelas. TEGAS,CEREWET,HIPOKRIT+GILA DUIT PELAJAR. Kalau ada sesiapa yang tidak percaya, cubalah berurusan dengan mereka ini secara kerap. Anda akan dapat hasil keputusannya.Inilah kesimpulan yang saya dapat kerana mereka mengharapkan sesuatu yang paling sempurna dari semua pelajar di Uniten,akan tetapi pada masa yang sama meraka tidak memberikan pulangan yang sama terhadap pelajar Uniten. Punya akal pergunalah dengan sebaiknya,punya hati sensitif lah dengan keadaan para pelajar dan punya iman bertindaklah mengikut ajaran al-Quran,bukan dengan asas duniawi.
Sekian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan