Sudah lima hari ku kembali menghirup semula udara khatulistiwa setelah menikmati persekitaran negara bekas pemerintahan empayar Islam Uthmaniyyah yang hebat suatu masa dahulu, iaitu Turki. Kelegaan yang lahir ini bukanlah kerana negara Turki tidak menarik, tetapi ia disebabkan oleh perasaan cintakan tanahair sendiri melebihi segalanya yang sudah terpahat kukuh di dalam hati ini sajk sekian lama.
Namun begitu, tempoh penziarahan ke Turki tetap meninggalkan kenangan tersendiri buat diriku kerana tempoh sepuluh hari yang diperuntukkan untuk melawat tempat-tempat bersejarah telah memberikan suatu pengalaman yang berguna. Sememangnya pengalaman ini sungguh berbeza dan tidak sama dengan pengalaman melawat ke negara-negara lain di dunia.
Turki, negara yang terletak antara benua asia dan eropah dengan kedudukan geografinya yang strategik serta 90% tanah berada dalam asia manakala selebihnya eropah turut mengalami iklim empat musim seperti negara-negara eropah yang lain. Istanbul sebagai salah sebuah bandar yang terpenting Turki mempunyai penduduk seramai 23 juta orang merupakan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi. Bandar Istanbul terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bandar lama dan bandar baru. Bandar lama menempatkan banyak bangunan-bangunan lama tinggalan empayar rom bizantin dan kerajaan uthmaniyyah. Antara binaan bersejarah yang masih wujud ialah seperti muzium hagia sofia(dahulunya masjid), masjid biru dan istana Topkapi. Manakala, bandar baru menempatkan bangunan moden seperti kompleks membeli belah Istanbul yang besar, hotel-hotel bertaraf lima bintang, deretan kedai-kedai dan pusat komersial.
Malahan, kawasan negara Turki dulunya merupakan bekas pusat penempatan tamadun awal manusia yang wujud sebelum kelahiran nabi Isa a.s. lagi. Keadaan ini dibuktikan melalui penemuan kota lama Hierapolis setelah kajian dijalankan serta usaha pencarian dan pemuliharaan sumber-sumber sejarah yang masih dilakukan sehingga ke hari ini. Maka tidak hairanlah sekiranya negara Turki kaya dengan kisah sejarah lampau dan mempunyai warisan budaya masyarakat yang pelbagai dan unik. Bentuk muka bumi Turki yang bergunung-ganang dan hasil pertanian yang subur terbentang luas di serata pelosok negara membuatkan persekitaran negara mereka indah permai dan perasaan damai akan meresap masuk ke dalam jiwa seseorang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan