Khamis, 11 Februari 2010

Adab sebagai seorang muslim


Adab atau akhlak merupakan satu manifestasi diri seseorang. Menurut tafsiran Imam Al-Ghazali, pengarang kita ihya ulumuddin menyatakan bahawa akhlak adalah suatu tindakan yang tidak memerlukan berfikir sebelum melakukan sebarang tindakan. Dengan kata lain, akhlak melambangkan peribadi kita sebenar. Ianya adalah siri 'programming' yang telah di'set'kan dalam diri manusia. Setiap manusia mempunyai 'program' yang berbeza. Walaubagaimanapun, akhlak mulia boleh dibentuk dengan cara berhikmah.

Antara adab yang utama ialah adab kita sebagai seorang muslim. Hubungan kita antara Allah dan hubungan kita dengan sesama manusia. Kedua-dua hubungan ini perlu dijaga adabnya. Ada pihak yang menjaga hubungan dengan Allah sahaja tetapi mengabaikan hubungan dengan manusia. Ada pula yang mementingkan hubungan dengan sesama manusia sahaja. Namun kita mesti sedar bahawa kedua-dua hubungan ini perlu dijaga.

Menyentuh tentang adab, manusia sering kali mengabaikan aspek ini bila mana melakukan perhubungan sesama manusia khususnya. Kebiasaannya, orang yang tidak mempunyai pendapat yang sama dengan dirinya akan bertelagah dengan pihak lain. Ada sahabat saya menceritakan, di tempat dia belajar suasana 'memampuh' (bermaksud mematikan) antara satu kelab dengan kelab berlaku kerana tidak sama pendapat,cara,pembawakan. Masing-masing cuba menambah ahli kelab masing-masing. Apa yang salah bukan pada persaingan, tapi yang salahnya bila wujud suasana tuduh menuduh. Tindakan buruk memburuk dengan niat agar pihak yang diburuknya akan dijauhi oleh pelajar-pelajar. Inilah yang diistilahkan sebagai tidak menjaga adab, adab antara kelab-kelab. Lebih utama daripada itu, adab sebagai muslim tidak dijaga.

Berdasarkan daripada kisah di atas, seharusnya kita boleh mengambil iktibar daripadanya. Hal ini menjadi perhatian saya kerana ianya telah berleluasa di meratakan tempat, bukan hanya antara kelab-kelab di tempat pengajian. Seolah-olah manusia khususnya yang bergelar muslim sudah hilang adab dalam diri mereka. Marilah kita sama-sama bermuhasabah kerana akhlak tidak diajar di dalam kelas, tetapi ia dibentuk dalam pergaulan seharian kita. Kelulusan akademik mahupun jawatan bukanlah ukuran sebenar akhlak kerana akhlak lahir dari dalam diri.

Tiada ulasan: