Khamis, 28 Januari 2010

Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor

RAJA Muda Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim berkenan membaca ikrar taat setia selepas dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar di Johor Bahru, hari ini. - Bernama

Istiadat pertabalan baginda Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sebagai sultan baru bagi negeri Johor Darul Takzim serta seluruh kawasan jajahan takluk Johor telah berlangsung di Istana Besar, Johor Bahru pada petang tadi.

Perlantikan Tengku Mahkota Johor yang baru juga telah dilakukan, iaitu selepas istiadat pertabalan tersebut. Anakanda Sultan Ibrahim, Tengku Ismail telah menerima lantikan tersebut daripada ayahandanya sendiri, Sultan Ibrahim, sultan negeri Johor yang baru.

Semoga pemerintahan negeri Johor di bawah baginda akan terus maju pada masa hadapan.
~DAULAT TUANKU~

Tiada ulasan: