Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi semester 1, sesi 2009-2010. Seperti kebiasaan pada sem-sem lepas, kebanyakan perkara akan di’sumbat’kan sehabisnya pada minggu-minggu genting seperti ini. Test, assignment, quiz, presentation, mini project subjek dan lain-lain yang seumpama dengannya akan dibuat pada waktu yang sama. Akhirnya ramai pelajar yang merungut kerana terlalu padat jadual, padahal pada waktu-waktu begina sewajarnya digunakan untuk ‘study week’. Mungkin kerana perancangan kerja dan masa yang kurang efektif oleh pensyarah-pensyarah, dan juga penyususan tugasan yang kurang rapi oleh para pelajar itu sendiri. Manusia makhluk yang serba serbi dengan seribu satu macam kelemahan!
Satu gelombang yang berkembang di DM, gelombang yang sudah lama wujud. Iaitu gelombang PES (Pro Evolution Soccer), games bola sepak di computer. Cuma baru-baru ini ia makin kerap dimain. Rating semakin meningkat. Populariti ahli rumah dinilai melalui kemenangan yang dicapai semasa bermain PES.
Walau bagaimanapun, satu insiden telah berlaku tadi. Pada waktu itu saya baru pulang dari COIT, sekitar jam 10 malam. Tempat insiden di dalam bilik saya. Dua orang sahabat , yakni baru lepas bertarung PES sedang bergaduh mulut berperang kata-kata. Masing-masing mempertahankan kehebatan diri, ada yang menekankan mengenai rekod yang pernah dibuat dan ada yang menyatakan kemenangan yang baru dicapai. Akhirnya masing-masing saling mencabar antara satu sama lain. Pada ketika itu, dalam hati ini cuma berharap agar tiada apa-apa yang akan berlaku.
SUDAH! MULA DAH! Klimaks daripada kejadian tersebut, satu pihak mengambil langkah keluar bilik. Beserta bukunya (dia sebenarnya tengah buat kerja sambil bermain PES). Saya cuma mampu mendiamkan diri. Bukan apa, kepala ini sudah berat dan diriku kelelahan. Hampir 5 jam berada di dalam bangunan COIT yang dingin mengalahkan peti sejuk beku. Lega sedikit kerana tiada sebarang kejadian buruk berlaku.
Kini saya berada di persimpangan sama ada untuk berehat atau meneruskan kerja ‘assignment’ serta kerja-kerja lain yang tertangguh. Kalau rehat yang saya pilih, alamat banyak kerja yang akan tergendala. Jika sebaliknya, diriku akan bertambah penat dan kesannya diriku kurang efisyen untuk meneruskan kerja-kerja…
Nota kaki:Nasihat buat sahabat/sahabiah, main PES biar berpada-pada. Bukan PES jer, tapi termasuk semua games. Main jangan sampai tak ingat dunia, main jangan sampai lalai daripada kerja-kerja lain yang lebih utama didahulukan. Lagi satu, main jangan sampai bertekak tak tentu hala. Bak kata orang putih, “BEHAVE YOURSELF”.

1 ulasan:
hakim! add la link aku gak
heheh
rinastories.blogspot.com
:p add add haha
pes10 besh tp xpna maen :p
epi oliday ye whai shbt ku~
Catat Ulasan