Sabtu, 31 Januari 2009

Nasihat Berkaitan Dengan Soal Kahwin: diambil dari www.iLuvIslam.com

Dengarlah Puteriku
www.iLuvIslam.com
AmeenAliff
editor : Iskethaykal



Pada masa kini, dapat kita saksikan di kaca televisyen, dapat kita baca di dada akhbar, dapat kita layari di laman sesawang mengenai kes-kes penceraian yang angkanya semakin menakutkan dan membimbangkan. Apakah puncanya? Kesilapan dalam memilih jodoh? Kegagalan kursus perkahwinan? Ketidakfahaman mengenai kerukunan hidup berkeluarga? Sekadar mengikut 'trend' hidup artis Barat?

Ya, penceraian itu dibenarkan dalam Islam, tapi adakah semudah itu melafazkan cerai atau meminta diceraikan? Adakah semudah itu mereka merobohkan masjid yang dibina?

Perkahwinan itu dikatakan umpama membina masjid. Kenapa masjid? Kerana ia adalah tempat yang mulia dimana kita menjalankan segala aspek kehidupan sebagai muslim. Masjid juga merupakan pusat melahirkan ummat yang berkualiti dari segala aspek. Begitu juga perkahwinan, perkahwinan merupakan satu ikatan suci yang akan memastikan kelangsungan hidup mati bangsa manusia. Bagi kita muslim, perkahwinan itu bermaksud meramaikan lagi hamba Allah untuk bersama-sama memakmurkan bumi dan menggalas tanggungjawab menjadi khalifah. Jadi adakah ikatan yang begitu murni ini sanggup dilepaskan begitu sahaja? Adakah masjid itu sewenangya dirobohkan begitu sahaja? Di mana silapnya kita?

Teringat saya kepada pesanan ibu ketika abang hendak bertunang. Ibu berpesan kepada bakal tunang angah seperti ini : Duhai puteriku, bila kamu akan mendirikan rumah tangga, ingatlah pesan ini...

Jadilah kamu hamba baginya dan dia menjadi hamba bagimu
dan jagalah sepuluh perkara untuknya...

Yang pertama dan kedua : berlakulah qanaah kepadanya dan perlakukan dia dengan mendengar dan taat yang baik.

Yang ketiga dan keempat : perhatikan apa yang dilihat dan dicium. Jangan sampai matanya melihat yang buruk padamu dan jangan sampai dia mencium yang buruk darimu, kecuali yang terharum.

Yang kelima dan keenam : Perhatikan waktu makan dan tidurnya. Terlalu lapar itu membelenggu dan kurang tidur itu membuat dia marah.

Yang ketujuh dan kelapan : Jagalah hartanya dan sanak saudaranya. Yang mustahak dalam harta benda ialah mentadbirnya dengan baik. Yang mustahak dalam rumahtangga adalah mengurusnya dengan baik.

Yang kesembilan dan kesepuluh : Janganlah membantah perintahnya dan jangan pecah amanah serta membuka rahsianya. Jika kamu melanggar perintahnya, maka bererti kamu membuatnya marah. Jika kamu pecah amanah, maka kamu tidak akan mendapat aman daripada khianat kepadanya. Dan ingatlah, jangan kamu bergembira di hadapannya di saat dia bersedih dan janganlah pula kamu bersedih apabila dia bergembira. Yang pertama termasuk dalam kesalahan dan yang kedua kamu membuatnya runsing. Jadilah kamu orang yang menghormatinya dan dia akan menghormati kamu. Dan ingatlah, kamu tidak akan berjaya menggapai apa yang kamu inginkan, hinggalah kamu lebih mendahului rasa sukanya daripada rasa sukamu, sama ada mengenai apa yang kamu suka atau kamu benci.

Cuba kita sama-sama merenung pesanan ini dan fahami apa sebenarnya kerukunan hidup berkeluarga. Semoga masjid yang dibina dapat terus melahirkan muslimin dan muslimah terbilang dalam membela agama kita dan bukannya masjid itu dengan mudah dirobohkan hanya dengan lafaz CERAI.

Rabu, 28 Januari 2009

‘Study first’ atau ‘Couple+Study’: Mana satu pilihan kita?

Assalamualaikum. Saya pasti sebahagian daripada kita sama ada pernah mahupun sedang melalui keadaan ini, iaitu bercinta semasa dalam study lagi. Atau istilah yang lebih popular digunakan ialah ‘Couple’ masa study. Namun begitu terdapat juga orang yang tidak mengalami keadaan sebegini. Persoalannya di sini,apakah pilihan yang kita buat jika kita semua berhadapan dengan situasi begini?
Sedarkah kita bahawa kita semua ini masih lagi berada di bawah tanggungan ibu bapa walaupun masing-masing mempunyai biasiswa dan pinjaman pendidikan. Tidak kira sama ada wang tersebut datang dari YTN,MARA,JPA atau PTPTN. Ini menunjukkan bahawa kita semua masih berada lagi di bawah tanggungan orang,belum mampu untuk menyara diri sendiri. Seharusnya kita kena sedar bahawa kita belum layak untuk ber’Couple’ lebih-lebih lagi hakikat ber’couple biasanya memerlukan kita untuk mengeluarkan wang yang banyak untuk SI DIA. Walhal, wang tersebut datang dari wang biasiswa. Jika tidak dari sumber tersebut, pasti wang tersebut datang dari poket ibu bapa kita. Tidak malukah kita menggunakan duit yang telah di amanahkan untuk ‘Study’ pada ‘SI DIA’? Sudahlah dengan membazirkan duit untuk perkara yang tidak berfaedah. Apakah ibu bapa ‘SI DIA’ tidak mampu memberi wang kepada anaknya. Jikalau ibu bapa kita dan ‘SI DIA’ tahu, pasti mereka akan malu besar akan kelakuan anak-anak mereka. Bukan setakat itu sahaja, ibu bapa juga akan hampa kerana anak mereka telah mengecewakan perasaan mereka dengan melibatkan diri dengan gejala yang tidak sihat, iaitu ‘Couple’.

Kenapa saya katakan amalan ‘Couple’ ini adalah gejala tidak sihat? Alasannya mudah sahaja. Kerana amalan ini tidak memberi sebarang faedah kepada diri, masa, mahupun kepada Study kita. Ber’sms’ setiap masa, berchatting siang malam, bergayut di telefon untuk melepaskan rindu, keluar makan atau jalan-jalan dengan tujuan untuk memupuk hubungan cinta yang lebih tulus? Perkara-perkara yang disebutkan di atas ini merupakan aktiviti berkala bagi mereka yang sudah terjebak dengan amalan ‘Couple’. Bunyi seperti tiada apa-apakan. Pastinya kalangan kita menganggap, “Normal la tu BRO…”. Ya, mungkin jawapan ini betul bagi mereka yang telah lemas dalam lumpur kekotoran couple. Tetapi orang yang waras akal fikirannya, perkara-perkara tersebut merupakan tanda-tanda kita mula lemah dari segi hati,akal,emosi,rohani dan juga jasmani. Sedarkah kita bahawa dengan melakukan sebahagian daripada perkara yang telah disebutkan di atas sudah cukup untuk menyebabkan kita kekurangan masa untuk study lalu mengakibatkan keputusan CGPA kita jatuh teruk. Masalah ini akan berkait dengan masalah lain pula seperti biasiswa ditarik dan dibuang universiti sehingga menyebabkan ianya menjadi masalah berantai, ibarat kayu-kayu domino yang tersusun rapat akan jatuh kesemuanya hanya disebabkan oleh satu domino sahaja.
Mungkin ada pihak yang akan mempertikaikan dengan mengatakan, “Gua couple tapi scorer beb!! CGPA 3.5 ke atas..takde masalah pun wa cakap lu!!” Situasi ini memang ada, malah ramai COUPLE yang mengalaminya. Tetapi saya ingin bertanya kepada couple-couple ini, adakah hati mereka semua sentiasa merasa tenang sepanjang mereka ber’Couple’? Pasti terdetik di hati mereka perasaan gusar dan khuatir kalau-kalau pasangan mereka berubah hati atau dirampas orang. Ialah mana tidaknya, bila dua hati sudah terpaut memang susah untuk berjauhan dan berpisah. Cinta yang telah dipupuk mencipta satu keadaan di mana masing-masing merasakan pasangannya paling lawa + best + caring + lain-lain ungkapan yang sewaktu dengannya. Itu belum kira lagi dengan keadaan bila hubungan cinta mereka CLASH! Emosi mereka pada ketika itu berada dalam keadaan tidak tentu arah. Bagaimana pula dengan hati mereka? Sedih, sedih dan terus sedih. Akal mereka terus mati seperti matinya jasad manusia. Segala kerja dan perbuatan menjadi serba tidak kena. Bukankah ini semua merupakan contoh-contoh gejala yang tidak sihat akibat daripada perkara-perkara yang dilakukan semasa ‘COUPLE’?

Lebih teruk daripada itu, ia akan mengakibatkan kerosakan yang besar pada akidah. Hati mereka akan lupakan Allah sedikit demi sedikit kerana mereka sudah ada ‘CINTA’ baru iaitu dengan ‘SI DIA’. Bermula daripada celik mata, mandi,makan,belajar hingga ke saat hendak tidur fikiran mereka akan terumpu kepada ‘SI DIA’. Hatta dalam mimpi sekalipun, wajah ‘SI DIA’ akan muncul untuk menemani mereka. Apakah makna semua ini? Tidak lain dan tidak bukan mereka telah mengalihkan tempat pergantungan daripada kepada Allah kepada ‘SI DIA’. Nauzubillahiminzalik. Kita minta kepada Allah agar ianya tidak berlaku kepada kita kerana Allah tuhan menjadikan manusia dan seluruh isi dalam alam ini. Makhluk yang bergelar manusia sepatutnya wajib menyembah dan meletakkan segala urusan dalam kehidupan semata-mata kepada Allah sahaja, bukan kepada selain daripada-Nya termasuklah pasangan kekasih manusia. Cinta sebelum mempunyai ikatan pernikahan yang sah hanya akan menjerumuskan diri ke lembah dosa dan zina. Hukuman bagi laki-laki dan perempuan yang berzina menurut hukum jenayah Islam adalah seratus kali sebatan. Hukuman ini baru di dunia, tidak termasuk lagi dengan azab yang akan di terima di akhirat kelak. Jikalau hubungan COUPLE ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya,asas rumah tangga yang dibina mereka adalah daripada dosa dan perbuatan maksiat. Maka segala perbuatan dan amal ibadat kita tidak akan diterima oleh Allah kecuali hanya dengan taubat nasuha dilakukan terlebih dahulu. Rumah tangga akan menjadi hambar kerana perkara-perkara yang sepatutnya dibuat selepas bernikah telah pun biasa dilakukan sebelum bernikah. Lalu apa yang tinggal selepas bernikah? Tiada apa. Kemudian mulalah timbul krisis rumah tangga dengan pergaduhan dan perceraian. Anak-anak menjadi mangsa akibat perbuatan ibu bapa mereka. Natijahnya, timbul pula masalah lain daripada anak-anak mereka yang berpunca daripada ibu bapa mereka dahulu. Nah, mahukah kita hal ini terjadi kepada kita kelak?

Bila saya katakan bahawa kita mesti fokus kepada study dahulu bukanlah bermaksud bahawa kita abaikan perkahwinan terus. Tetapi kita mestilah fokus kepada perkara yang lebih utama dahulu. Tambahan pula pada waktu muda inilah kita mesti mempersiapkan diri dengan segala macam bentuk kelengkapan yang akan kita guna pada masa dewasa kelak. Masa muda hanya datang sekali, tidak akan ada ulangan baginya. Pembinaan keyakinan(aspek iman) mestilah dititik beratkan, kerana ianya akan membentuk pandangan hidup kita. Pandangan hidup ini kemudiannya akan membentuk nilai dalam diri seseorang. Nilai akan melahirkan sikap. Sikap ini melahirkan kelakuan lalu membentuk akhlak mereka. Bukan akhlak sahaja yang diperlukan oleh manusia, taqwa dan itqan juga amat penting untuk dibawa sepanjang hayat. Kesimpulannya, STUDY FIRST! dahulu sebelum kita tamat belajar.