Selasa, 9 Jun 2009

Selamat menghadapi peperiksaan akhir trimester 3(foundation) & sem khas (degree)

Alhamdulillah, peperiksaan akhir menjelang lagi. Lebih-lebih lagi setelah berbulan-bulan lamanya para pimpinan,ajk-ajk PPI, ahli-ahli PPi dan adik-adik Smart Group(SG) mengharungi tempoh pembelajaran yang saya anggap suatu tempoh yang bermanfaat. Semoga segala ilmu yang dipelajari dalam bilik kuliah dapat difahami,dicernakan dan dibuktikan dalam kertas peperiksaan nanti. Seterusnya ilmu tersebut tidak luput dek hujan tidak lekang dek panas, ianya sewajarkan dapat diamalkan secara berterusan dan diaplikasikan pada masa hadapan. InsyaAllah.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan kepada semua ahli PPi termasuk ahli Smart Group(SG) PPI@usrah mahupun ajk-ajk PPI supaya tidak melupakan ilmu yang dipelajari semasa di peringkat foundation ini kerana selepas ini adik-adik akan mula mengharungi alam degree pula. Di peringkat degree ini banyak kepada aplikasi segala teori yang dipelajari semasa foundation dan tahun 1 degree.

Pada masa yang sama juga, saya ingin menambah supaya jangan biarkan pembelajaran di bilik kuliah boleh menjejaskan penglibatan adik-adik dengan segala aktiviti Persatuan Pengajian Islam. Amat rugilah jika adik-adik tidak terlibat langsung dengan aktiviti PPI kerana selepas tamat pengajian kelak, aktiviti seumpama seperti yang PPI anjurkan akan sukar disertai di luar sana kerana faktor kesibukan kerja yang bakal dihadapi. Pastinya cabaran masa kerja lebih besar daripada waktu belajar. PPI menjamin bahawa setiap aktiviti yang dianjurkan untuk ahli-ahli PPI sentiasa memberi maanfaat yang banyak.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti segala jenis aktiviti yang dianjurkan oleh PPI pada semester 1 akan datang. Nantikan ‘Malam Anugerah SG 09’ dan ‘1st Gathering PPI’ pada bulan julai 2009 nanti.

Akhir kata, saya mewakili Jabatan Setiausaha Persatuan Pengajian Islam (JSU PPI) serta seluruh saf pimpinan Persatuan Pengajian Islam UNITEN (PPIUNITEN) ingin mengucapkan selamat berjuang menghadapi peperiksaan tersebut.

Sabtu, 6 Jun 2009

Cetusan akalku

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat yang masih setia melawati laman web blog ini walaupun saya amat jarang sekali untuk meng’update’nya. Al-maklumlah saya ini tidak betah untuk duduk menghadap komputer lama-lama. Jika ada perkara penting atau kerja yang mendesak sahaja barulah saya akan duduk lama sedikit. Walau bagaimanapun, saya masih punya kesempatan untuk meluangkan masa dengan semua sahabat melalui penulisan di blog ini.

Pada ruang masa yang terluang ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai pengalaman yang diperolehi sepanjang tempoh mengikuti latihan industri. Walaupun latihan industri yang saya ikuti ini adakalanya penat,bosan, menyusahkan dan lain-lain perkara namun ianya mendatangkan banyak manfaat yang selalu kita sendiri tidak menyedarinya. Sebagai contoh, dalam kelas kita belajar segala jenis teori mahupun maklumat mengenai peralatan mesin tetapi kita hanya faham untuk peperiksaan akhir sem. Selepas peperiksaan,hampir segala ilmu lesap begitu sahaja. Berbeza bila kita berhadapan sendiri dengan sesuatu peralatan secara realiti atau ‘real’,kita akan melihat dan menyentuhnya. Kefahaman yang kita perolehi tentang ciri-ciri peralatan tersebut lebih jelas. Perkara yang paling penting ialah ‘kefahaman yang jelas’. Itu sebagai contoh di dalam hal akademik kita.

Bila saya renung dan memikirkannya secara mendalam, saya memperoleh satu ilham bahawa segala perbuatan yang kita hendak lakukan mesti ada tujuan dan matlamat. Baik matlamat jangka pendek mahupun panjang,kita mesti memahaminya secara mendalam. Kalau seseorang itu buat sesuatu kerja secara semberono, pasti dia akan rasa terpaksa untuk melakukannya. Timbul pula masalah tidak ikhlas buat kerja. Padahal setiap amal perbuatan yang dibuat jika diniatkan hanya untuk Allah dinamakan ikhlas. Dan perbuatan yang dilakukan secara ikhlas akan mendapat ganjaran pahala daripada Alllah subhanallah taala. Bila saya imbas kembali,terjawab sudah persoalan yang sering bermain di kepalas saya iaitu kenapa ada segelintir sahabat-sahabat saya yang bila mendapat tugasan mudah dia tidak mampu untuk melakukankannya. Ada juga yang mampu laksanakan tugas tetapi tidak ikhlas lalu mengungkit usaha kerjanya. Malah yang lebih teruk,suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain untuk tujuan yang tidak mendatangkan sebarang manfaat. Akhirnya mereka suka berburuk sangka terhadap orang lain dan mengumpat orang lain secara berterusan. Rupanya mereka ini tidak faham lagi…

Ini hanya secebis cetusan yang timbul dalam diri saya semasa tempoh saya berlatihan industri. Sebenarnya banyak lagi perkara yang ingin dikongsi,tetapi disebabkan faktor kudrat yang terhad maka saya berhasrat untuk menyimpannya untuk tulisan pada masa hadapan.